Friday 14 August 2015

Tunggu Ibu di Syurga.."2 KALI GUGUR"

KEGUGURAN - Kehilangan yang menyakitkan..

Assalamualaikum!

Menatap wajah Sara, tak terdetik di hati yang aku diberi peluang lagi menatap wajah syurga ini setelah 2 kali keguguran. Sembilan tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan jugak doa hambanya ini.

Mesti korang tertanya2 kan.. lamanya gap, ada masalah ke? Sebenarnya, aku mengandungkan kakak sebulan lepas kawen. Alhamdullilah, bunting pelamin kata ko. Genap setahun umur dia, aku mengandungkan adik pulak. Accident pulak kata ko! huhuhuhu..

Bukan tak bersyukur, terkejut sebab kakak kecik lagi. baru dapat kaki, nak dapat adik pulak. Memandangkan gap yang dekat, so aku plan lepas beranak amik protection. Dan memandangkan aku alah ngan pil, aku amik injection DEPO. Lagipun senang, 3 bulan sekali jew tadah montot. Takyah telan ubat hari2.

Cucuk punya cucuk rupanya dah 3 tahun++. Aku lupa. Dr. tu pesan kalau nak beranak lagi 2 tahun jew amik. Takut ada masalah. So, aku stop la. Plan la cara sendiri2. Bila adik dah 4tahun++, kami pun decide nak tambah ahli keluarga lagi. Rindu pulak bau baby kan. So, mulalah kami berusaha keras siang ke malam.. huahuahua.. ko hader??

Tapi, rezki takde pulak. Padan muka aku. Plan la sangat2 kan. Tapi yer la, ekonomi masa baru2 nak hidup pun tak berapa nak hado.. kena la plan. Bila dah stabil, baru la boleh tambah yer idok.

December 2011 aku mengandung!! ok la tu, adik pun dah 6thn++ nanti baby lahir. Tapi, tak lama. February 2012 aku gugur. Ya allah!! sedih... tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik kan. So, baby gugur 11week masa tu. Tak cuci pun.. pegi Hospital serdang.. Dr. Cakap dah clear turun semua. So, takyah D&C.

June 2012 Mengandung balik lepas 4 bulan kosong!! Yeayy!! Hanya Allah jew yang tahu betapa aku amat2 menginginkannya. Takut peristiwa berulang, aku pegi la klinik nak buat buku merah. Pegi2, akak counter tu tanya, baper bulan. Aku jawab, masuk 2 bulan. Dia cakap, baru lagi.. Dah 3 bulan ++ baru dtg bukak buku. Aku yang lurus tak berapa nak bendul ni pun balik la. ( korang make sure jgn ikut cara aku ni.. nyesal seyhh!! )

Malam 31 Ogos 2012, cousin En. suami nikah. Mula2 perut dah rasa semacam. Tapi abaikan jew.. perasaan jew kot.Nak dijadikan citer, aku pun minum teh tarik ( mungkin aku takleh sebab angin kot.. atau penyebab jew ). Masa balik dlm kete perut mengeras. Ah sudah!! Masa dah sampai rumah nak turun perut sakit yg amat. Nak jalan pun susah. Bermulalah episod tragis malam tu..

Gambar lepas majlis Akad Nikah


pukul 3pagi aku bangun rasa nak kencing.. sekali kencing & darah sekali kuar. Panik!! Cuba bertenang.. aku pakai pad, terus baring. Esok nyer pegi klinik. Scan, baby ada lagi.. tapi denyut jantung lemah. So, Dr. Bagi ubat dan suh aku rehat @ baring jgn bangun2 sampai stabil. kalau boleh kencing pun tadah jew jgn bangun dari katil.. Gulp!!

tinggal kenangan.. Gambar scan hari tu

So, aku balik terus baring. Tapi Darah Still keluar.. cuma tak banyak. Mungkin memang dah tertulis rezki kami setakat itu sahaja.. Subuh tu perut sakit memulas. Macam nak beranak pun ada.. Rasa sama mcm gugur sebelum ni.. so, lepas hantar anak gi sekolah terus ke Hospital Serdang.

Dr. mula scan. Kantung ada.. tapi baby takde.. walaupun dah dijangka.. tapi sebak yang amat.. tuhan jew yang tahu. Cuma pelik, sebab babynya mana? Dr. tanya.. ada ketul keluar tak? aku cakap, takde. Pelik kan. So, nak mengesah sahihkan yg aku mengandung Dr. suh amik air kencing.

Aku pun pegi tandas.. masa cangkung sambil tadah botol.. plepup!! jatuh seketul daging gitu.. sudah!! agaknya ni la baby nyer. Terus bawak ke Dr. tadi tanya. Ni ke Dr.? Oh.. dah keluar.. agaknyer tadi dia dah sampai jalan bawah.. tunggu nak keluar jew, sebab tu scan tak nampak.

Scan lagi sekali, bersih. So, takyah D&C jugak. Sementara tunggu Dr. tu sempat mata ni merenung ke botol di tangan. Ni anak ibu yer.. nampak mcm ada 1 tangan sebesat tangan anak cicak melekap kat botol sambil bagitaw " sabar Ibu, Insyaallah ada hikmahnyer".. Menitis air mata ini.. Ibu tak kuat sayang..

Gugur kali kedua ni agak terkesan sedikit. Almaklumlah.. mabuk teruk.. lembik.. muntah tak henti2.. elok hilang mabuk.. baby pun hilang.. so, kehilangan nya amat terasa.. baby dah 13 week.. agak besar jugak.. so, berpantang la ibu tanpa baby.. Seminggu++ kemudian birthday ibu.. 11 sept 2012.. kamu adalah hadiah paling manis yg ibu takkan lupakan sampai bila2 sayang.. tunggu ibu di sana ya sayang.. kalian tetap dlm ingatan ibu sampai mati..

potong kek dalam pantang...

Next entry aku citer camne leh dapat Sara lak yer.. pun hampir2 kehilangan...


No comments:

Post a Comment