Monday 12 December 2016

Yeayyy!! Sara dah besar!! - SARA TURN 2

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah 2 tahun anak ibu. Rasa macam baru semalam melahirkan kamu. Baru semalam memeluk kamu buat kali pertama. Baru semalam melihat senyuman pertamamu...

Dah besar anak ibu kan. Dah pandai merajuk & memujuk.. dah pandai membebel & kena bebel.. dah pandai melawa & minta jalan2.. macam2 pe'el dan ragam.. itulah kamu Sarah Arissa, madu & racun ibu..

Macam tahun lepas, ibu coretkan kisah kamu disini.. buat kenangan pabila kamu dewasa kelak. Inilah kamu sepanjang setahun menjelang ulangtahun ke-2 mu.. rentetan dari kesinambungan kisah kamu yang lalu..

1 tahun 1 bulan

1 tahun 2 bulan

1 tahun 3 bulan

1 tahun 4 bulan

1 tahun 5 bulan

1 tahun 6 bulan

1 tahun 7 bulan

1 tahun 8 bulan

 Raya kamu untuk tahun ke-2

1 tahun 8 bulan

1 tahun 9 bulan

1 tahun 10 bulan

1 tahun 11 bulan


1 tahun 12 bulan


Tadaaaa!!! kek harijadi khas buatmu hasil air tangan ibu. Mungkin tidak segah Laraa Alana.. juga tak semewah Aisyah Dhia Rana.. tapi ikhlas & penuh kasih sayang dari ibu khas buatmu...






Selamat ulangtahun yang ke-2 sayang ibu!! Doa ibu moga kamu membesar menjadi anak yang solehah & jangan pernah lupa untuk menitipkan doa buat ibu kelak. Aminnn..

Friday 11 November 2016

Congrates my bestie!! - BILA SI KEMBAR DAPAT DEGREE

Assalamualaikum..

Sabtu lepas sempat meluangkan masa celebrate graduation my bestie a.k.a my twinzz kat UKM. Perghhhh.. tamat jugak yer selepas beberapa tahun memerah otak yang tak baper nak muda tu kan.. hahaha.. tu lah.. dolu2 tak nak study bebetul.. ahaksss!!

Kembar aku ni pandai sebenarnya.. kiranya straits A la dulu. Dapat masuk UPM.. gi kejap pastu lari taknak. Pastu, Mak nak hantar Jordan plak(sebab abg kitorang ada sana). Dah siap segala bagai dengan baju kurung berbelas pasang(baju kurung ada selai 2 jew tu pun baju raya) .. dia leh taknak. Dia ni brutal dulu. Otak pun ting tong.. kalau dia nerd aku rasa skang dah PHD kot.. hahaha..

Nasib dapat suami yang mithali.. sanggup jaga anak time kelas hujung minggu.. sanggup korban masa dan tenaga.. sanggup jadi banker lagi ko.. tapi tak sia2 kan.. U DESERVE IT BRO!! hikhikhik.. and U PROVED IT SIS!! akhirnya 1st degree milikmu siap dapat anugerah dekan lagi.. Jelessss nyerrr.. huaaaaa.. nak jugakkkk.. huhuhu..

Moh ler layan gambo2 sekitar majlis convo beliau.. moga jadi inspirasi buat mak2 yang tak berapa yakin nak sambung belajar atas alasan dah beranak.. (mcm aku laaa.. mak siap perli, ko bila pulak? panasss seyhhh). Errr.. en.suami.. kalau cik isteri nak sambung degree bleh sponsor tak? ahakssss!!














Tahniah dik!! Akak tumpang bangga!!

Wednesday 9 November 2016

Resepi minum petang - KEK BUTTER PANDAN + BLUEBERRY + CHEESE

Assalamualaikum...

Kali ni kita buat kek butter pulak ek. Kalau takde budget ganti la dengan margerin jew.. pun boleyyy.. macam biasa, bahan2 nya simple jew.. hihihi

Bahan2 nya :

1/2 ketul butter @ 1/2 cawan margerin
1/2 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
Cheese sikit
Pewarna & pes kegemaran

Cara2 nya :


Mula2 putar butter @ margerin bersama 1 cawan gula halus.


Sampai jadi putih cenggini. Maknanya dah kembang la ni..


Pastu masukkan telur sebiji2.. selang seminit yer masa mix tu.. sebatikan.


Ok.. ni dah sebati.


Ayak 1 cawan tepung gandum, 1/4 cawan tepung jagung dan 1 sudu kecil baking powder. Kalau nak kukus masukkan 1 sudu kecil soda bikarbonate.. ayak semua yer..


Masukkan bahan2 ayak tadi sedikit2 yer.. kang berterbangan pulak..


Ok.. dah sebati.. bahagikan kepada 2 bahagian yer.

Ni pes bluebery + purple colour

Haaa.. part ni ikut sukati nak perisa apa. Kalau suka strawbery pakai pes strawbery+warna pink.. atau emulco oren+warna oren. Yang ni aku pakai pes bluebery+colour purple & pandan emulco+colour hijau

Emulco pandan coconut + green colour


Daaaa... dah siap!!


Ok.. siapkan loyang 6' jew.. adunan skit jew ni. Masukkan dalam piping plastic.. senang nak lorek. Chesdale jew ada.. 3 keping


Ok.. piping kan mereka berselang seli yer.. setiap layer letakkan cheese yang dah potong kecik2. Buat sampai habis. Dan boleh la bakar @ kukus dalam masa 35 ke 45 minit. Cek ngan lidi.. kalau bersih dah masak ok!


Tadaaaa!! dah siap di bakar. Dalam periuk ajooo!! hikhikhik


Nyum nyum.. sedap.. ada lemak2 masin rasa cheese..

Selamat mencuba!!

Resepi kek yang mudah, sedap & tak jemu dimakan-KEK SARANG SEMUT

Assalamualaikum..

Last entry kita dah try kek gula hangus kan. Now, kita try adik beradik tirinya pulak iaitu kek sarang semut. Bahan2 nya lebih kurang jew, cuma kek biasa la kita pakai baking powder kan.. yang ni specialnya takde penggunaan baking powder. So, tiada kegebuan disitu melainkan kekenyalan semata2.. tapi kalau silap teknik kebantatan la ia dan boleh la tukar namanya dari kek sarang semut ke kek busut semut.. ahaksss!!

Actually ni antara kek kegemaran aku la. Biasalah.. dah dekat2 4series ni tekak ni dah menjurus ke selera orang dolu2 lak. Nak beli, susah nak jumpa. Gagahkan jugak la membuatnyer. Memula macam tak yakin.. bila tengok testimoni yang dah buat & kelaut. Ada yang dah macam bengkang pun hadoo. Seremm kottt!!

Tapi disebabkan dah sampai ke tekak & dah peram resepi ni berbulan2.. maka ku gagahkan jua.. dan hasilnya OMG!! jadik kata ko!! moh ler kita lompat bintang sambil type resepi.. hikhikhik (over sungguh!)

Bahan2 nya :

1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 ketul butter
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
3 biji telur (aku derhaka pakai 4 sebab mcm kecik jew telur.. gred C gaknyer)
1 sudu besar soda bikarbonate (rata jew jgn membukit kang rasa soda kuat sgt)
1 sudu kecil essen vanilla (sikit jew)

Cara2 nya :


 Memula kena buat gula hangus dia dulu. Pakai 1 cawan gula halus cepat skit cair. Gula kasar kang lambat..


Haaa.. nampak tak beliau dah mula hangus.. boleh ler masukkan 1 cawan air panas..


Hati2.. beliau akan meletop2 macam k.lina pom pom meletup ahaksss!! biarkan 2 ke 3 minit baru kacau.. kacau sampai takde gula yang berketul2 yer..


Ok.. bila dah jadi cenggini boleh ketepikan untuk di sejukkan


Butter ni amik separuh jew.. cairkan beliau.. double boil boleh.. dlm periuk boleh.. daku masukkan dalam microwave ajoo.. 2 minit siap!!


Pecah kan 3 biji telur kalau gred A.. daku pakai 4 sebab gred C.. (diskriminasi sungguh kan.. ahakss) kacau2 manja jew pakai wisk @ senduk just nak pecahkan kuning telur.


Kemudian masukkan 1/2 cawan susu pekat dan kacau manja lagi..


Masukkan sedikit essen vanilla.. kacau manja lagi..


Masukkan pula butter yang dah dicairkan tadi.. kacau manja juga..


Satu sudu besar soda bikarbonate. Yang ni jangan letak membukit sangat. Kang rasa soda dia kuat sangat.. tak sedap. satu sudu rata jew taw.. tapiskan beliau kedalam adunan..


Masukkan pula 1 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau rata. Juga jangan lupa ayak..


See.. dah sebati kan..


Lastly masukkan gula hangus kita tadi.. tapiskan beliau.. kacau rata..


Tada!! siap. Masukkan dalam loyang. Jangan lupa alas baking paper. Mak pakai kertas buku sekolah bebudak ni jew nyah. Jimat skit. Sekolah pun nak abis kannn.. sapu minyak @ margerin yer tak kasi melekat nanti.. peram la sejam dua dulu sebelum bakar. Semalam dah siap masul loyang, tutup beliau terus gi 7E eleven beli slurpee yg boleh letak dalam periuk tu.. rm2.85 jew kata koo.. puas anak2 menyedutnyer. Balik kedai baru bakar kek ni. Macam biasa la.. aku bakau dalam peruk jew. Oven nan hadoo. So, korang jangan bagi alasan takde oven takleh baking yer. Nak seribu daya.. Okbye. terbebel plak.

Ok, bakar dalam masa 35 ke 45 minit. Sebab aku pakai periuk.. sejam gak lah semalam. Kalau cucuk lidi licin.. dah masak la tu..


Tadaaa!! dah siap..


Oh saranghae.. beribu2 semut bersarang disitu.. jadi gak kau kek.. kalau tak jadi memang aku bagi semut jew makan ko.. ahakssss!!

Selamat mencuba!!