Wednesday 9 November 2016

Resepi kek yang mudah, sedap & tak jemu dimakan-KEK SARANG SEMUT

Assalamualaikum..

Last entry kita dah try kek gula hangus kan. Now, kita try adik beradik tirinya pulak iaitu kek sarang semut. Bahan2 nya lebih kurang jew, cuma kek biasa la kita pakai baking powder kan.. yang ni specialnya takde penggunaan baking powder. So, tiada kegebuan disitu melainkan kekenyalan semata2.. tapi kalau silap teknik kebantatan la ia dan boleh la tukar namanya dari kek sarang semut ke kek busut semut.. ahaksss!!

Actually ni antara kek kegemaran aku la. Biasalah.. dah dekat2 4series ni tekak ni dah menjurus ke selera orang dolu2 lak. Nak beli, susah nak jumpa. Gagahkan jugak la membuatnyer. Memula macam tak yakin.. bila tengok testimoni yang dah buat & kelaut. Ada yang dah macam bengkang pun hadoo. Seremm kottt!!

Tapi disebabkan dah sampai ke tekak & dah peram resepi ni berbulan2.. maka ku gagahkan jua.. dan hasilnya OMG!! jadik kata ko!! moh ler kita lompat bintang sambil type resepi.. hikhikhik (over sungguh!)

Bahan2 nya :

1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 ketul butter
1/2 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
3 biji telur (aku derhaka pakai 4 sebab mcm kecik jew telur.. gred C gaknyer)
1 sudu besar soda bikarbonate (rata jew jgn membukit kang rasa soda kuat sgt)
1 sudu kecil essen vanilla (sikit jew)

Cara2 nya :


 Memula kena buat gula hangus dia dulu. Pakai 1 cawan gula halus cepat skit cair. Gula kasar kang lambat..


Haaa.. nampak tak beliau dah mula hangus.. boleh ler masukkan 1 cawan air panas..


Hati2.. beliau akan meletop2 macam k.lina pom pom meletup ahaksss!! biarkan 2 ke 3 minit baru kacau.. kacau sampai takde gula yang berketul2 yer..


Ok.. bila dah jadi cenggini boleh ketepikan untuk di sejukkan


Butter ni amik separuh jew.. cairkan beliau.. double boil boleh.. dlm periuk boleh.. daku masukkan dalam microwave ajoo.. 2 minit siap!!


Pecah kan 3 biji telur kalau gred A.. daku pakai 4 sebab gred C.. (diskriminasi sungguh kan.. ahakss) kacau2 manja jew pakai wisk @ senduk just nak pecahkan kuning telur.


Kemudian masukkan 1/2 cawan susu pekat dan kacau manja lagi..


Masukkan sedikit essen vanilla.. kacau manja lagi..


Masukkan pula butter yang dah dicairkan tadi.. kacau manja juga..


Satu sudu besar soda bikarbonate. Yang ni jangan letak membukit sangat. Kang rasa soda dia kuat sangat.. tak sedap. satu sudu rata jew taw.. tapiskan beliau kedalam adunan..


Masukkan pula 1 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau rata. Juga jangan lupa ayak..


See.. dah sebati kan..


Lastly masukkan gula hangus kita tadi.. tapiskan beliau.. kacau rata..


Tada!! siap. Masukkan dalam loyang. Jangan lupa alas baking paper. Mak pakai kertas buku sekolah bebudak ni jew nyah. Jimat skit. Sekolah pun nak abis kannn.. sapu minyak @ margerin yer tak kasi melekat nanti.. peram la sejam dua dulu sebelum bakar. Semalam dah siap masul loyang, tutup beliau terus gi 7E eleven beli slurpee yg boleh letak dalam periuk tu.. rm2.85 jew kata koo.. puas anak2 menyedutnyer. Balik kedai baru bakar kek ni. Macam biasa la.. aku bakau dalam peruk jew. Oven nan hadoo. So, korang jangan bagi alasan takde oven takleh baking yer. Nak seribu daya.. Okbye. terbebel plak.

Ok, bakar dalam masa 35 ke 45 minit. Sebab aku pakai periuk.. sejam gak lah semalam. Kalau cucuk lidi licin.. dah masak la tu..


Tadaaa!! dah siap..


Oh saranghae.. beribu2 semut bersarang disitu.. jadi gak kau kek.. kalau tak jadi memang aku bagi semut jew makan ko.. ahakssss!!

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment