Wednesday 19 August 2015

Rindu haruman Syurga..-AZ-ZAHRAH


Assalamualaikum..

Bila citer bab tempat bersalin ni.. macam2 pendapat kuar. Ada yang cakap " Gomen jew, beranak mana2 sama jew sakit nyer..". "Private la best. Layanan bak puteri, semua benda nurse yang buat..". Hurm.. tepuk dada, tanya poket.

Bagi aku pulak, private dah rasa.. Gomen pun dah rasa. Kakak dulu kat private ( Klinik Bersalin Bandar Tun Razak ) & adik kat Gomen ( Hospital Putrajaya ). Betul, kalau kat private.. nurse bagi baby dah siap mandi wangi & susu. Kalau baby yakyak, panggil jew nurse. Nescaya settle!! Ibunya relax jew berehat (pemalas sungguh.. agagagaga). Kalau kat Gomen pulak, memang dah siap mandi wangi, tapi lepas bersalin ko jaga lah anak ko sendiri. Kalau yakyak, cuci sendiri!!

Ada Pro & contra.. bagi aku la kan. Orang lain aku tak taw. Bagusnya private, dia bagi ibu rehat yang cukup lepas meneran sehabis nyawa nak lahirkan 1 lagi khalifah kat dunia ni. Tapi, aku tak suka bila dia bagi susu formula untuk susu pertama baby & pisahkan ibu dgn baby ( tapi skang rasanya boleh request tak nak semua tu kan.. kan..).

Gomen pulak, lepas bersalin n bersihkan baby.. dia dah hantar baby kat ibu. Penat tak hilang lagi kot!! Tapi best, sebab dapat susukan baby terus lepas bersalin.. HEAVEN!! . Tu yang aku cakap, ada Pro & contra.. pendapat masing2..

Untuk 3rd pregnancy ni, awal2 aku dah bagitaw En. Suami yang aku nak private (so, kena menabung awal2). Bukan sebab apa, lebih kepada penjagaan aurat. Aku ada baca artical pasal bab ni dari sorang Ustazah ni (tak ingat lak nama dia). Dia cakap, darurat memang dibolehkan bukan muhrim tengok aurat kita (bersalin la). Tapi kalau mampu, better pegi private sebab kita boleh request untuk Dr. perempuan yang sambut.Lebih manis.. Ala.. Bukan beranak tiap2 tahun kot kannnnn..

So, selepas discussion.. kami ke An Nur & Az-Zahrah Bangi. Compare mana yang Ok. Mula2 pegi An Nur, tanya package basic, Rm2k++( nurse tu suh standby 3k tuk +/-). Pegi pulak Az-Zahrah, basic package Rm1,388(nurse suh standby 2k). Sebenarnya, aku memang nak An Nur.. Sebab banyak feedback yang cakap An Nur bagus.. Dr. nya pakar2 semua.

Tapi bincang ngan En. Suami, baik amik Az zahrah. Save dlm 1k.. boleh beli barang2 baby nanti. So, decide amik Az Zahrah. Terus amik date utk appoinment checkup. Kat Az Zahrah ni korang kena sekurang2 nya checkup 2 kali kat dia, baru entitle tuk bersalin kat dia. Memandangkan due aku bulan 12, so aku amik date bln 10 & 11 tuk checkup. Mahal gak checkup sini. 1st checkup aku kena Rm226 & 2nd checkup aku kena Rm174. Pasrah!! Korang kalau nak kurang skit cakap dah ada vitamin. Takde la dia bagi lagi. Aku tak taw, so ha'ah kan jew... tu yang harga pun ha'ah jugak.. hahahaha

Dan masanya pun tiba..

Tanggal 11.12.14 (birthday Sultan Selangor ko..). Malam tu aku ngan mak mentua aku siap2 masak. Kukus kuih pau.. goreng karipap.. prepare barang2 nak buat mee hoon esoknya. Plan awal nak cuti2 malaysia kat A'Famosa. Cuti sekolah kan. Aku tidur dlm 12mlm. Pukul 4.30 aku terjaga. Rasa nak kencing. Sekali tengok, turun darah. Panggil En. Suami.. Nak bersalin dah ke?. (soalan panic). Yer ler.. tapi tunggu dululah. Contraction tak kerap lagi. So, aku pun lepak tengok bola ngan En. Suami. pukul 6 pagi, contraction makin kerap. Ok, time tuk check-in hospital!!

6.15 gerak ke hospital.Hampir jam 7 sampai. tengok bukaan dah 4cm. Jauh lagi perjalanan ni. Masuk bilik dulu. lepak2.. baring2.. Jam 8.30 dah makin kerap contraction. So, cek2 dah 6cm. masuk LabourRoom. Lama jugak rasanya lepak dlm labourRoom tu. Bukaan pun lambat sangat rasanya, sedangkan sakit yang amat sangat. Aku memang tak nak apa2 ubat tahan sakit. Masuk air. Masih lambat. Jam 9 aku dah tak tahan. Cek2 baru 7cm. Baby dah yakyak. Jantung lemah. Baby masih di atas, tak turun lagi. Dr. suggest OPERATE!! Ya Allah.. mula lah terpikir.. koman2 7@8 ribu ni kang. Aku tanya cara lain.. Dr. cakap boleh cuba Vacum. Adeh!! lonjong lak anak aku kang.. Aku decide nak teran.

Mulanya, Dr. tak bagi. Takut koyak banyak. Dan ayat yang diorang tak tanggungjawab utk apa2 risiko tu yang takleh blah!! Aku nekad! demi nyawa baby yang dah lemah & demi nyawa poket En. Suami yg jugak semput. hahahahhaha.. Aku dipersiapkan untuk bersalin normal. Chaiyok ina!!

Dengan beberapa kali teran (sehabis nyawa) lahirlah putri kami ke dunia ni jam 9.15pagi. Patutlah baby tak turun2, rupa2nya terbelit tali pusat kat perut.. Ya Allah.. sian anak ibu..

sejurus selepas dilahirkan..

Disebabkan baby lemah & perlu oksigen untuk bernafas, terpaksa ibu lepaskan buat seketika walaupun hati ni meronta2 nak peluk & susukan baby.. huwaaaa.. tapi yang bestnya.. baby lahir seberat 2.45kg & ibu tak perlu dijahit!! yeayyy!! Thanks baby.. Ibu luv u muchoo!!

Happy la.. semua dah selamat..
Nurse janji nak hantar baby pukul 12.. tapi dah pukul 1 masih tak sampai2. Bila tanya, rupa2 nya baby masih lemah dan perlukan oksigen lagi.. huhuhu.. Ibu dah tak sabar.. terus pegi nursery tengok baby. Sian anak ibu.. Sejam gak ibu teman baby.. Pukul 4.30 baru baby boleh turun. Alhamdulillah!!

it's me!!
wif nenek!!

kena kerumun!! help me!!




Mummy in da house!!
Siang puas kena gomoi ngan nenek2 & makcik pakcik.. malam ayah pulak gomoi baby!!

senyuman pertama di hari pertama..

Ayah ni kelakau la.. hahahaha..
renungan..menyatakan "I LUV U"

Oh ya.. sebelum terlupa.. Aku Budget kurang Rm1500.. sebab bos aku baru bersalin sebelum tu tak sampai Rm1500 pun.. Sekali bil kuar beberapa ringgit jew nak 2k!!.. Aiyokk!! tapi yer la.. baby masuk nursery utk oksigen kan.. So, memang betullah.. kena standby 2k.. korang kalau nak ke sini, boleh la calculate awal2 yer.. takut kemungkinan2 yang berlaku.. sapa taw kan.. huhuhu.. nasib masing2..

No comments:

Post a Comment