Saturday 15 August 2015

Ikhtiar.. - BEKAM, SUNNAH RASULULLAH

Assalamualaikum...

Lepas keguguran kali ke-2 ( 31/8/2012 ), lama gak aku kosong.. kiranya setahun lebih gaklah. Tapi hampir tiap2 bulan aku pegi farmasi beli UPT tu. Sampai auntie kat farmasi tu dah kenal & tahu jew apa aku nak tiap kali gi kedai dia.. hahaha

End up, suami aku pun putus asa. Dia cakap, rezki kita setakat ni jew kot. Takpelah, besarkan lah dua helai ni jew.. huhuhu.. mcm2 gak aku usaha sebenarnya.. cuma takde la sampai pegi spital amik ubat subur. Lebih kepada traditional.. berurut.. makan badam.. dll..

Tiba2 aku ada terdengar pasal bekam. Yer lah, tak pernah buat. Survey punya survey jumpa yg dekat ngan umah aku. Kak Sakinah nama dia. So, buat appoinment. Kalau korang dekat2 area nilai boleh la contact dia yer.. ada kedai kat nilai ni.. Ni FB dia..


Orang cakap, seumur hidup kalau boleh buat la sekali bekam ni. Sunnah nabi. Buang segala darah2 kotor dalam badan kita. Mana yg tersumbat2 tu betulkan.. Bagus utk peredaran darah. Pastu, K.sakinah cakap elok jugak utk org yang tengah ikhtiar nak pregnant. Darah kotor ni tempat tinggal jin & syaitan. Kadang2 benda2 ni yang buat kita susah nak lekat. Ikhtiar jew katanya, selebihnya berserah kepada Allah s.w.t.

So, pujuk En. Suami buat sekali. Tak best pulak takde geng.. hahaha.. Tapi bukan dgn K.Sakinah la.. Suami dia daaa.. diorg suami isteri buat bekam ni.. Ni la hasil nyer..

before

after
Kitorang buat satu badan.. termasuk kepala dan kaki. Satu cup Rm5. Lepas buat dalam 2 ke 3 hari memang sakit2 badan. Gila ko tak sakit. Satu badan kot kena toreh ngan pisau belit!! Tapi lepas tu.. Fuh!! sedap gila rasa badan. Rasa ringan.. kepala pun tak sakit dah.. kali tak berat.. Alhamdulillah.. Korang kalau ada masa buat la.. gerenti tak nyesal..

Haaa.. Ni la K.Sakinah.. Happy family sgt kan!!
P/S : Gambar tak memuaskan.. pakai henpon.. mlm pulak tu..huhuhu..


masa ni buat kat rumah lagi.. tapi skang dia dah ada kedai.. Jeng jeng jeng.. sebulan kemudian dengan izin Allah aku PREGNANT!! yeayyyy!!


No comments:

Post a Comment