Thursday 13 August 2015

Aqiqah & Cukur Jambul Baby Sara - BUDGET TAPI OWESOME!!

Assalamualaikum...

Entry kali ni aku nak citer pasal Majlis Aqiqah & cukur jambul puteri bongsu hamba (bongsu kerrr??)buat masa ni ler...

Nak dijadikan citer.. majlis ni nak buat simple dimple jew.. al maklum la.. budget dah lari buat photoshoot & bersalin kat Az zahrah(lebih budget asal). So, kenduri nyer buat simple2 jew.. Jangan takde kater ko..

Tapi dah memang rezki anak tu dah tertulis banyak mana banyak mana kan.. dlm budget2 pun still meriah disebabkan sponser2 dari adik beradik & peniaga2 yg budiman.. jasa kalian tetap akan ku kenang.. acheeewah!!

Nak pilih date utk majlis sangat bermasalah pada mulanya. Asyik laaa cancell.. sampai nak tempah goodies , pelamin & khemah tergendala.. Penyudahnya seminggu sebelum majlis terus decide date 19/02/15 (raya cina pertama).

Disebabkan masa yg suntuk, satu2 masalah timbul. Bermula dgn khemah.. khemah sold out!! Memandangkan cuti 4 hari berturut2.. maka ramailah insan2 yg plan nak buat segala kenduri kendara dari kenduri kawen, aqiqah, kesyukuran sampailah kenduri arwah. Makanya semua tempat ditanya sold out(buat duit sungguh korang yer!!).

Puas pujuk rayu pakcik khemah ni, akhirnya dia setuju.. dgn syarat pasang pagi tu, ptg tu jugak cabut sebab mlm tu ada org nak pakai. Apa2 jew la pakcik oiii, janji dapat khemah & langsir mengikut tema.. hahahaha.. So, settle bab khemah. Oh ya, disebabkan buat kat kampung makanya masih murah lagilah. Rm150 utk 1 khemah+meja,kerusi,kipas+tong air+langsir ikut tema.. murahkan? kalau kat K.L hadoo??

Ini lah khemahnyer..

Masuk pulak bab pelamin.. nak nak buat hari khamis, adik ni pulak tak dapat dtg sebab suami dia kena keja rabu tu(diorg biasa pasang sehari sebelum)takleh cuti. Bincang punya bincang dia dtg pasang hari ahad.Harap2 tak hancur la sebelum majlis nanti.. kwang kwang kwang.. al maklumla.. anak buah ramai..

Tadaaa!! santek kan?


Sangat berbaloi2!! aku survey dari berpuluh2 kedai di facebook, jumpa la buaian berendoi murah ni.Memang murah, padan dgn namanya. Siap langsir belakang tu Rm300 ko!! kalau takde langsir Rm250. Gila tak murah!!. Patutnya area seremban & Port Dickson jew free transport. Aku Melaka kan. Tapi, tulah aku cakap.. rezki Sara.. adik ni bagi free Charge jew transport.. sedekah kat baby.. save dah Rm50-Rm100.. Alhamdulillah!! Korang yg plan nak buat Aqiqah leh la survey adik ni kat facebook ni.. Tu Sara jadi testimoni.. hehehe


Settle bab pelamin, bab kambing pulak. Yang ni pakai cable adik ipau aku. Ala, Lupa lak nak amik no phone brother ni.. Servis terbaekkk!! Licin Licau kambing dia. Complete set Rm1,000.. siap tukang potong+coslow+BBQ Sauce.. tapi aku cakap Rm950 jew sebab dia bagi balik Rm50.. Sedekah baby katanyer.. Rezki lagi!!

Before...

After...

Penutup, bab Goodies pulak. Ni pun rezki jugak. Kebetulan tengah promotion, set Yaasin + paper bag tangkai + customize gambar baby + 150 sticker Rm1.80. Paling murah aku survey.. Dapat 3 design Yaasin yg berbeza. Sebab aku order 150 set kan. Kalau 100 set 2 design.

Omeyyy takkkk??























Patut sticker tu free 150 jew.. sebab order 150 set. Tapi aku tambah lagi 150 sebab nak tepek kat paper bag & botol .. Si Ida dengan murah hati bagi free jew 150 tu.. sedekah kat baby.. nampak tak nampak tak.. rezki lagi.. Alhamdulillah.. ni lah hasil nyer..


Oh yer.. set Yaasin tu tuk dewasa.Paper beg tu jajan tuk kanak2.. Yang dlm bekas botol tu biskut teddy bear yg inti coklat tu. Sedap kan? kan? hahahaha.. biskut tu masuk dlm set Yaasin. Ingat nak masuk tasbih.. cam sarat sangat.. dengan air kotak lagi.. so, tasbih cancell.. jimat kos!!

Kalau korang nak tempah personalize Yaasin boleh carik adik Ida ni.Untuk kawen boleh.. majlis perpisahan boleh.. khatam Quran boleh.. Aqiqah cam aku pun boleh.. Dia selalu buat promotion taw!! Ni pun Sara jadi testimoni.. hehehe


Jom layan beberapa keping gambo sepanjang majlis.. Mula2 ingat tak ramai.. sebab hari yg sama raaaaamaiiii sangat org buat kenduri.. tapi... hamik ko!! Rezki Sara kan...


Nii geng2 atok Marhaban.. Kat kg aku geng marhaban lelaki.. kalau kat K.L biasa pompuan kan..

Ni Paklong, Mamalong Sara & family.. Abang aku daaaa..


Sara & nenek.. yeayyy..

Sara Ngan ibu pulak.. nak jugak.. hahahaha

My small family.. Mak, abang, aku & tuty(kembar aku daaa..)
Satu2nya gambar ada si kakak2 ni.. pastu hilanggg..

Tamat majlis... Baby Sara pun.. Zzzzz..


P/S : Baju Sara Mommy & ayah shu banjer.. ma cihhh.. Dessert pulak (dadih&apam pokodot) Ummie banje.. kacih ummie.. Luv uolzz ketat2!!

No comments:

Post a Comment