Saturday 31 October 2015

12 tahun.. penantian yang indah!!-MAJLIS AQIQAH BABY ANIS ZAHRA

Assalamualaikum!

Sebenarnya.. berat tuk aku menulis kisah ni. Tak tau nak mula dari mana. Perasaan ni bercampur aduk.. antara gembira, sedih, terharu, teruja dan seribu satu perasaan lagi. Hadir ke majlis ni pun dah memberikan aku satu rasa yang hanya Allah saja yang tahu. Dan satu yang aku tahu, sesungguhnya Allah maha mengetahui & maha berkuasa.. dan sesungguhnya "kun faya kun" hanya milik Allah!!

Oh ya, kisahnya aku di jemput ke majlis aqiqah & berendoi baby Anis Zahra ni. Ibunya bukanlah sapa2 dengan aku.. bukanlah saudara, hanya saudara seislam.Jauh sekali adik beradik sedarah sedaging, hanya darah kami sama merahnya.. yang sama antara kami, kami berkongsi tarikh nikah yang sama.. 12 tahun yang lalu..

Masih segar lagi di minda.. betapa manis nya ibumu bersanding malam itu. Auntie dah bersanding awal seminggunya. Oh ya, kami juga sama2 berkongsi pasangan pelamin. 2 pengantin. Sebelumnya aku dan adik iparku a.k.a adik suamiku bersanding. Minggu depannya pula ibumu dan juga adik iparku a.k.a birasnya a.k.a mak langmu Anis Zahra..

Auntie k.Sara Anis wif m.lang Anis..
Ibumu dikurniakan rezki yang awal antara kami bertiga. Namun rencana Allah telah tertulis.. belum masanya. Ibumu keguguran. Dan bermula dari episod duka itu.. bertimpa2 dengan pelbagai ujian dari Allah. Penuh duka dan derita, tak terjangkau dek akal ini.. betapa tabahnya ibumu.. tak mungkin auntie mampu menanggungnya...

Keguguran demi keguguran.. harapan demi harapan.. ibumu tetap tabah menyulam impian. 12 tahun sayang.. bukan satu masa yang singkat.. pelbagai onak dan duri terpaksa di rempuh.. di potong malah dibuang.. dicuci.. digodok.. ubat jangan ditanya.. pasti lelah ibumu mahu menghadamnya.. demi seorang anak, penyambung kasih, bukti cinta ibumu pada ayah!!

Ingatlah anak, bukan cerita dongeng.. juga bukan kisah novel.. ianya memang benar apabila syurgamu terletak ditelapak kaki ibumu!!Moga kamu membesar.. menjadi anak yang solehah.. impian setiap ibu & ayah.. Amin!!

Moga menjadi inspirasi buat ibu2 diluar sana.. andai sudah tertulis, cepat atau lambat.. rezki itu pasti.  Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya, melainkan dengan ujian yang mampu di tempuh oleh setiap hamba2 nya..


P/S : err Kakak Sara tumpang pose kat pelamin baby Anis yang vogue ni yer.. he he he

Interprem skit.. hehehe

Goodies ni m.lang Anis buat.. cute angat!!

Precious moment!!

Tuesday 27 October 2015

Sara 1st long journey.. Penang!! -SARA WORLDWIDE

Assalamualaikum...


Korang pernah dapat call from Sara Worldwide ni tak? Actually diorang bukan panggilan palsu taw!! Aku memula pun tak caya gak. Almaklumlah.. skang kan macam2 panggilan palsu.. menang no bertuah lah.. shell lah.. bank lah.. dan kita pun dah selalu diingatkan tentang sindiket ni. So, kitorang pun abaikan la. Tapi, bila duk call jew & cakap nak bagi voucher free.. tergugat gak iman kan.. hahaha.. mende free kottt

Kisahnya berlaku masa aku dalam pantang lagi. Diorang call cakap aku terpilih untuk dapat voucher free atas satu contest @ kajiselidik yg aku attend(ntah bila la aku join). Rupanya dah banyak kali dia call, en.suami jew tak bagitaw. Ingat memain jew.

So, pegi la aku ke royale bintang seremban tuk collect voucher tu. Pelik gak, takkan free kan?eh lupa lak nak bagitaw.. voucher tu penginapan hotel 3hari 2malam ke mana2 hotel terpilih. So, layanzzzz.. mungkin rezki Sara kot.. sebab baru bersalin Sara masa tu.. adalah dalam 3 minggu..

Sampai royal bintang terus ke dewan yang diberitahu. Ramai rupanya yang terpilih. Syarikat ni bawah perbadanan pelancongan negeri Sabah. Macam tahun melawat Sabah la.. Dan seperti diduga memang ada agenda la kan. Diorang ni rupanya amik nama secara rawak jew.. ajak join semacam member clubs tuk syarikat diorang. Berejam jugak la dengar penerangan diorang tu.

Actually, best jew sebenarnya. And sangat2 berbaloi untuk orang yang gila travel @kaki bercuti. Member card ni boleh bagi potongan sehingga 70% kot. Seluruh dunia pulak tu!! Hampir2 tergoda jugak lah(pandai diorang ni goreng kitorang.. hahaha) Tapi memikirkan dah bulan 12.. makanya nak pakai duit tuk sessi persekolahan cikkak2 tu.. dia nak pendaftaran rm 2k kotttt!! pitam mak nyah!!

Patutnya 10%.. tapi tuk hari tu jew dia terima banyak tu. Korang taw 10% dari baper? dalam 24k & baper ratus ntah tak ingat.. tuk every month!!Pitam lagi sekali!! Selepas berbincang dari hati ke hati (echeeewah!) kami pun sepakat tak join.
Lagipun kami bukan berjalan every month pun.. paling tak cuti sekolah.

Tapi seperti yang dijanjikan, kami stil dapat voucher tu.. yeayyy!! diorang bagi 3 pilihan.. Sabah, Sarawak & Penang.
Pilihan penginapan..

Memandangkan kami baru pergi sabah last year.. so, skip la. Sarawak pulak macam takde yang menarik . So, Penang!!! Lagipun dah lama tak pi Penang. Last pegi kakak 3 @4 tahun.. skang dia dah 11 thn kot.Just nice!!

Ingat malas nak book awal2. Tak plan lagi nak pi bila. Tapinya, valid tuk 3 bulan jew.. that means sampai bulan 3. Cadangnya nak pegi time cuti sekokah bulan 3.. sekali full!! adeh!! acaner?? carik lak date sabtu ahad. Pun full. Lastly, hujung bulan 3. Ngam2 seminggu lepas cuti sekolah. Orang dah naik sekolah kita baru nak bercuti... nasib ler labu..

Nampak tak muka excited budak nak jalan jauh ni? 1st time katanyer..

Date yang free tu ahad, isnin & selasa. Alang2 dah berjalan, kitorang decide pegi sabtu. Tido tepi pantai semalam. Sebab yang voucher tu kat kondo tengah bandar. . kat Penang times square.. Yes!! Penang! We are here!!!

Sabtu tu tido kat Golden Sands Resort. Terbaek habaq hang.. Sebab banyak aktiviti2 yang menarik. Sampai2 jew petang tu checkin terus main jet ski & naik parasailing.. 1st time seumur hidup kot! dah tua2 baru merasa. Untung anak2 skang. Zaman aku kecik2 dulu nan hadoo.. huhuhu..
Muka ada sikit pucat..
Control skit!
Turn anak2..
Turn ibu pulak!

Satu perasaan happy yang tak dapat digambarkan bila dapat berkumpul bersama family.. walaupun family kami ni tak besau mana pun.. hehehe

Tunggu turn nak naik parasailing..

Peace yo!

Banana boat!!

Bercanda di tepian pantai..

Sara nyer aktiviti.. Zzzz..

Malam meround pasar malam yang secoit tu. Pastu pi makan. Takde aktiviti.Pagi esok repeat lagi main jet ski.. yeeehaa!! oh ya, harga boleh tahan la. Jet ski rm150 sejam. Parasailing pun sama.. rm150 tuk 2 orang.. kalau sorang rm100 sekali naik. Best la kalau nak cuba untuk yang tak pernah cam aku ni..ni.Disebabkan semalamnya kanak2 dah naik.. turn mak ayah pulak yer.. kanak2 sessi swimming pool ajo! oh ya, kitorang ni kalau carik hotel mesti WAJIB ada swimming pool... sapa ada anak taw la kenapa.. hahaha..

Esoknya, check out terus ke Penang times square untuk check in next station. Ok la rumahnya. Privacy & security gila. Betul2 atas times square. Tapi takde apa yang menarik pun. Tengah town kan. Bebudak jew la seronok mandi pool.
Petang kuar jenjalan jap. Round jalan kaki jew. Makan nasi kandaq kasim sebelah The Store. .
Jalan2 carik makan..

Esoknya, isnin naik bukit bendera. Ok la.. tak ramai orang kan sebab hari keje. Dulu naik berempat.. la ni naik berlima.. agak2 ada berenam pulak ke? erk!!jeng jeng jeng..
Us..

My MIL & SIL

Mak2 dara..

L.O.V.E

Sara excited naik bukit bendera!!

Our small family..

Belah malam pulak sempat singgah ke mall paling besar kat sana.. Jusco seberang perai.. cuci2 mata jew.. and sebelum balik singgah benteng pekena passemboq.. terbaek habaq hang!! sampai ri ni teringat2 lagi!!

Tu lah kisah percutian paling jauh buat Sara setakat ni. Insyaallah, ada rezki kita gi tempat lain pulak yer sayang..
Sara sedih.. nak balik daaa..


Sunday 18 October 2015

Moden vs Traditional - BERPANTANG

Assalamualaikum...

Yeay!! my twin officially dah abis pantang!!! Kepala hotak ni dah plan nak celebrate kat mana. Tunggu masa & waktu yang sesuai jew.. al maklumlah, anaknda2 tercinta sedang peksa. Tungguuuu...

Oh ya, bila sebut pasal berpantang ni ada macam2 pendapat. Ada yang berkurung 44 hari tak jejak2 tanah.. ada yang tak boleh makan makanan tertentu sampai berbulan2 bahkan setahun pun ada.. ada yang pantang &@#$!% sampai setahun (18sx.. hahaha)..

Sebenarnya tu terpulang kepada individu masing2. Tapi bagi aku senang jew. Mana yang aku rasa penting memang tak tinggal. Tapi, kalau rasa leh skip.. kelaut ler jawabnyer.. hahaha.. korang jangan ikut cara aku lak. Badan kita tak sama.. tapi yang baik ikutlah..

Aku bab makan, Alhamdulillah.. boleh jaga lagi. Takdelah sampai curik minum air gas seteguk dua mcm kakak ipau ku.. hahaha.. sorry kak.. termention lak.. hahaha.. Ais aku memang pantang betul. And skang pun, walau Sara dah nak setahun.. masih tak berapa nak minum ais.. air suam lagi sedap! Makanan sejuk2 & angin memang kutolak. Almaklum la.. dari anak sorang, perut diorang ni memang sensitip.Medang jew kembong!!

Ubat pulak, aku pun jaga. Masa anak 1st & 2nd, makcik yang urut aku kat kampung buatkan jamu. Pure bhaiii.. melekat ketekak!! Tapi, masa anak ke3 ni.. dia dah takde.. so, kenalah carik sendiri.. tu yang aku amik nonaroguy tu.. ok jugak jamu dia.. siap air akar kayu.. and yang paling penting, tasak! terbaek dari air tangan ibu mertuaku. Oh ya, yang taktaw tasak tu ibu kunyit.. minum ngan asam jawa. Baik tuk mengecutkan peranakan & buat kulit kita kuning balik. Takdelah pucat jew cam mayat idup yer dok..

Barut pulak aku tak pakai yg moden.. ala.. skang kan ada barut moden. Main kancing2 jew & yang terbaru main tampal je terus melekat. Yang ni aku kolot skit. Aku pakai kain yang lilit2 punya.. almaklumla.. kang tak ramping cam saloma kang.. acaner?? hahaha.. motip sangat!!

Cuma cuma cuma.. bab tak kuar umah aku memang fail!! dari anak 1 sampai no 3 ni.. memang kelaut!! Masa time kakak dulu.. baru nak masuk minggu ke3 dah merayap ke mall. Alasan nak carik stoking baby.. apakah?? hahahaha.. vengong tul alasan tu.. muahaha.. padahal dah meroyan duk umah terkurung.. tu jew pun aku ngelat.

Masuk anak 2, advance skit. Baru 2 minggu dah gi holiday ke PD. Alasan kukuh skit. Masa tu cuti raya cina . So, mereka2 ni nak buat family day as usual la. Mak mentua aku pun kena angkut.. takkan aku kena tinggal kan.. so pegi la jugak. Aci kan kan kan? Yang takleh lupa masa dalam lift.. ada auntie cina ni tegur.. "belapa hari dah ni?" aku jawab"2 minggu auntie
..".. menjerit dia.. "haiya!! sudah holiday ka? baby merah lagi selupa anak tikus lagi maaa.." erk!! Hahaha..
Ni la gambar adik ngan nenek. Masa ni tengok ostrich kat PD tu. Sempat kata ko!!

Yang latest si Sara. Korang kan taw aku bersalin Sara mlm sebelum plan nak gi A Famosa. So, kesian punya pasal.. cuti sekolah kan.. makanya pegi jugak ler.. ( taw ke mak aku masak kena gulai..hahaha) So, pegilah kami yang masa tu Sara baru 13 hari.. huhuhu..

Plan nyer.. aku duk villa jew. Orang pantang kan.. duk dendiam. Tapi malam tu ada pesta sambut krismas kat cowboy town. Lagipun cam seremm jew tinggal kat villa ni. So, pegi ler jugak. Tawakkal jew.. tapi sebelum pegi sessi makeup cik Sara dulu la..

Dan lebih tragis... HUJAN!! nasib renyai2 & sekejap jew. Berpayung la jugak sekejap. Takut gak kena hujan. Bentan kot!!

Apapun, saat2 berkumpul bersama semua keluarga yang paling priceless!!

Apapun, pokok pangkal diri sendiri. Badan kita kan. Kita yang rasa. Aku walaupun berjalan.. barut, stoking & baju sejuk tak tinggal hokey! Jamu pun bawak sekali. Bak kata mak mentua aku " orang dulu2 dalam hari dah pegi menoreh. Yang penting ikat barut keketat & ubat jgn ngelat". So, I pollow!! Hahaha..

Takyah nak kondem sangat kalau ko pun habis 44 hari dah teguk air sejuk.. jangan nak netizen sangat kalau ko jamu & air akar kayu pun kelaut.. ntah2 tasak pun tak kenal & tak pernah telan..

Monday 12 October 2015

Periksa oh periksa.. anak yang exam ibu yg over-UPKK

Assalamualaikum..

Hari ni si kakak exam paper ke 2. Khamis lepas peksa paper 1 - Bahasa Arab. Senang katanya. Hurmmm.. kakak ni pernah lah pulak kata susahkan. Masa matematik yg dapat 'E' tu pun dia cakap ok.. hahahaha.. Tapi harap2 memang ok yg sebenar2 nya lah yer.

Actually, UPKK ni kira exam besar yang pertama dia lah. Untuk sekolah agama. Negeri Sembilan amik UPKK.. kalau sekolah lain PSRA. Penilaian Sekolah Rendah Agama. Kiranya exam last untuk sekolah agama lah. Tahun depan dah takde sekolah agama dah. And kalau nak masuk asrama sekolah agama kena dapat 8A. Stresss!!!

Erk!! anak yang exam mak yang stress.. apa kes ek?? hahaha.. Aku taktaw la aku yang paranoid atau memang semua mak2 sama. Sebab masa aku dulu mak aku rileks jew. Aku yang stress. Tapi skang aku yang stress.. anak aku lekkk jew.. huwaaaa..

Dan disebabkan masalah jerebu ni jugaklah stress berganda. Mana taknya.. elok2 patut minggu lepas dah merdeka.. terpaksa postponed peksa. Dan mak ni pun postponed gak stress nyer.. hahaha.. yer lah.. dah study bagai nak rak kot. alih2 postponed.

Nampak tak kegigihan ibu ni buat nota tuk anak? Walaupun skill dah berkarat.. al maklum lah dah berbelas tahun tak study & buat nota, untuk mu anak ibu gagahkan jua..

Dan paling respect kat ustazah nya yang tak putus2 hantar wassap.. bagi kata2 semangat selepas bertungkus lumus buat tusyen every weeks.. jasamu akan tetap di kenang ustazah!!

Apapun anak ibu, kita dah usaha & doa. So, tinggal tawakkal jew apa2 dapat nanti. Ibu tak nak awak stress2. Cukup la ibu sorang jew stress.. Moga kamu dipermudahkan dalam menjawab soalan2 nanti.. untuk hari ni, esok dan khamis. Good luck sayang!!

* Oh ya.. percubaan kakak dapat 4A 3B. Walaupun ayah tak puas hati, tapi ibu happy. . Sebab ibu taw kita dah usaha kan sayang.. (percubaan 7 subject jew.. sebab final baru masuk lagi 1 subject iaitu hafazan)

Tuesday 6 October 2015

Resepi mudah.. Request by princess..-KEK BATIK

Assalamualaikum..

Ok.. ni pasal desert lagi. Actually, baru jew habiskan cheesekut yang aku buat ari tu. Sebenarnya, aku malas nak buat desert lagi.. yer la.. kang aku gak kena perabih.. kalau tak kang sayang pulak.. membazir..yang sebetulnya Lupa lak yang anak2 & bapak anak tak gemaukan cheese. Kalau coklat laju la.

Dan tetiba putri2 ni duk request nak kek batik.Hurmmm.. dah lama tak buat katanya. Tak sampai hati pulak nak kata tak. Belek2 barang kat lemari doremon, ok ada. So,moh ler kita buat.

Macam biasa la.. resepi aku semudah a b c jew..

Bahan2 nyer seperti berikut..
1)Milo paket kecik ke@ 2 ke 3 cawan
2)seketul butter
3)Susu setengah tin @ 3/4 tin
4)Biskut marrie sepeket

mula2 cairkan butter dulu.

lepas tu, masukkan susu & milo.. kacau sebati..

Susun biskut & tuang bahan2 yg dah sebati.. ulang sampai habis . Dah siap!!

Oh ya.. dulu aku campur jew biskut masa dah sebati bahan2 tu. Tapi cam jeles lak tengok org buat kek batik ni tersusun cantik. Rupanya diorg susun biskut tu. Patut la lawo. Tu yang aku gigih try test buat. Alaaa.. korang kalau malas susun, boleh jew gaul semua terus.. pastu tekan2 bagi padat. Masuk perut sama jew.. yer dok!! Tapi kalau rajin cam aku (ngeh ngeh ngeh) leh ler susun. Lawo skit.Jadi ler ruper gini..

Bila citer pasal kek batik ni, teringat zaman asrama2 dulu. Punya lah gigih nak makan kek batik.. dapur takde kan. So, buat atas darat jew.. milo+susu+biskut.. pun jadi.. hahahaha.. hancuss!!

Anyway.. selamat mengemokkan diri yer.. daaaa...

Thursday 1 October 2015

Resepi senang + sedap + simple -CHEESEKUT

Assalamualaikum...

Al kisahnya.. aku ni bila bab2 buat dessert ni memang ikut mood. Beli barang memang rajin.. tu yang tiap kali shopping barang dapur aku mesti selit 2@3 barang2 buat kek @ biskut ni. Dan tiap kali tu jugak la En.suami duk perli aku "bila nak buat nyer ni?" hahaha.. Entahlah.. aku ni ada sejenis penyakit berjangkit (mak mentua aku ajar.. sorry mak.. hahaha).. dia kata, beli jer.. bila teringin nak buat, benda dah ada .. betul jugak kan? ( walaupun mood semedang jew kelaut.. hahaha)

Nak dijadikan citer.. semalam aku kemas peti ais, tertengok kat cheese yang dah berkurun aku beli (sebulan ada kot). eh! dah tarikh luput kata ko.. tapi baru sehari dua.. boleh lagi ni.. so, dengan gigihnya aku mencarik balik resepi yg dah berkurun gak aku simpan.. YES!! nasib ada lagi.. makanya, misi pun bermula...

Untuk pengetahuan korang, dah lama aku tingin nak buat cheesekut ni. Almaklumlah.. ramai nau yang post kat FB & IG pasal mendalah ni. Tengok macam sedap jew.. resepi pun cam senang jew.. tu yang termasuk dlm list try & error aku. Tapi tak pernahnya lah kesampaian. Padahal biskut tu dah kali ke-4 aku beli. Mana taknya.. agak2 dah lama kat lemari tu, anak aku tibai wat cicah air milo. Nak marah tak sampai ati.. dah ibunya rajin ya'mat kan. Makanya tiap kali dah kena tibai beli ler lagi.

Bila dah terpaksa ni, nak tak nak kena la wat jugak. Aku bukan pe.. kang bila buat kek@biskut pepelik ni anak2 & ayah anak tak baper nak jalan. Penyudahnya, aku jugak ler yg perabih. Camne ler babat tak makin tebal.. muahaha..

Macam aku cakap, bahan2 nyer senang nau2. Aku, kalau susah memang tak masuk list jawabnyer. Tak caya? Ni ha bahan2 nyer..

Haa.. 4 barang ni jew pun.

-Memula, masukkan cheese & setengah tin susu pekat manis tu dlm mixer.. kalau takde masuk blender jew.. sampai agak2 kembang ok dah tu.

-Susun biskut dlm bekas selapis. Biskut tu celup sesaat dlm susu cair.. low fat pun boleh.. aku belasah susu anak aku jew.. tu jew yg hadoo.. muahaha..

-Lepas tu sapu cheese yg dah mix tadi.. letak balik biskut celup.. dan ulang la sampai 5@6 lapis ke. Ikut korang ler nak tinggi mana.. agak2 tinggi tappurware tu ke.. pastikan yg last sekali, maknanyer yg atas sekali mesti tebal skit.

-Siap! Masuk peti ais 4 @ 5 jam.. dah boleh ngap. Makan sejuk2 sedap. Oh ya.. yg aku tabur kat atas tu cornflakes. Aku blend & tabur. Alaaa.. deco2 skit.. kasi lawo kata ko..

Ni ler hasil nyer..




Dapatnya memang nampak skit. Tapi sebenarnya banyak jew. Sebabnya, makan kena sikit2.. sebab cepat muak. Sangat sesuai tuk org yang sedang gigih membina lemak & babat.. hahaha.. aku ler tu.. erk!!

Selamat mencuba!!