Monday 12 October 2015

Periksa oh periksa.. anak yang exam ibu yg over-UPKK

Assalamualaikum..

Hari ni si kakak exam paper ke 2. Khamis lepas peksa paper 1 - Bahasa Arab. Senang katanya. Hurmmm.. kakak ni pernah lah pulak kata susahkan. Masa matematik yg dapat 'E' tu pun dia cakap ok.. hahahaha.. Tapi harap2 memang ok yg sebenar2 nya lah yer.

Actually, UPKK ni kira exam besar yang pertama dia lah. Untuk sekolah agama. Negeri Sembilan amik UPKK.. kalau sekolah lain PSRA. Penilaian Sekolah Rendah Agama. Kiranya exam last untuk sekolah agama lah. Tahun depan dah takde sekolah agama dah. And kalau nak masuk asrama sekolah agama kena dapat 8A. Stresss!!!

Erk!! anak yang exam mak yang stress.. apa kes ek?? hahaha.. Aku taktaw la aku yang paranoid atau memang semua mak2 sama. Sebab masa aku dulu mak aku rileks jew. Aku yang stress. Tapi skang aku yang stress.. anak aku lekkk jew.. huwaaaa..

Dan disebabkan masalah jerebu ni jugaklah stress berganda. Mana taknya.. elok2 patut minggu lepas dah merdeka.. terpaksa postponed peksa. Dan mak ni pun postponed gak stress nyer.. hahaha.. yer lah.. dah study bagai nak rak kot. alih2 postponed.

Nampak tak kegigihan ibu ni buat nota tuk anak? Walaupun skill dah berkarat.. al maklum lah dah berbelas tahun tak study & buat nota, untuk mu anak ibu gagahkan jua..

Dan paling respect kat ustazah nya yang tak putus2 hantar wassap.. bagi kata2 semangat selepas bertungkus lumus buat tusyen every weeks.. jasamu akan tetap di kenang ustazah!!

Apapun anak ibu, kita dah usaha & doa. So, tinggal tawakkal jew apa2 dapat nanti. Ibu tak nak awak stress2. Cukup la ibu sorang jew stress.. Moga kamu dipermudahkan dalam menjawab soalan2 nanti.. untuk hari ni, esok dan khamis. Good luck sayang!!

* Oh ya.. percubaan kakak dapat 4A 3B. Walaupun ayah tak puas hati, tapi ibu happy. . Sebab ibu taw kita dah usaha kan sayang.. (percubaan 7 subject jew.. sebab final baru masuk lagi 1 subject iaitu hafazan)

No comments:

Post a Comment