Tuesday 27 October 2015

Sara 1st long journey.. Penang!! -SARA WORLDWIDE

Assalamualaikum...


Korang pernah dapat call from Sara Worldwide ni tak? Actually diorang bukan panggilan palsu taw!! Aku memula pun tak caya gak. Almaklumlah.. skang kan macam2 panggilan palsu.. menang no bertuah lah.. shell lah.. bank lah.. dan kita pun dah selalu diingatkan tentang sindiket ni. So, kitorang pun abaikan la. Tapi, bila duk call jew & cakap nak bagi voucher free.. tergugat gak iman kan.. hahaha.. mende free kottt

Kisahnya berlaku masa aku dalam pantang lagi. Diorang call cakap aku terpilih untuk dapat voucher free atas satu contest @ kajiselidik yg aku attend(ntah bila la aku join). Rupanya dah banyak kali dia call, en.suami jew tak bagitaw. Ingat memain jew.

So, pegi la aku ke royale bintang seremban tuk collect voucher tu. Pelik gak, takkan free kan?eh lupa lak nak bagitaw.. voucher tu penginapan hotel 3hari 2malam ke mana2 hotel terpilih. So, layanzzzz.. mungkin rezki Sara kot.. sebab baru bersalin Sara masa tu.. adalah dalam 3 minggu..

Sampai royal bintang terus ke dewan yang diberitahu. Ramai rupanya yang terpilih. Syarikat ni bawah perbadanan pelancongan negeri Sabah. Macam tahun melawat Sabah la.. Dan seperti diduga memang ada agenda la kan. Diorang ni rupanya amik nama secara rawak jew.. ajak join semacam member clubs tuk syarikat diorang. Berejam jugak la dengar penerangan diorang tu.

Actually, best jew sebenarnya. And sangat2 berbaloi untuk orang yang gila travel @kaki bercuti. Member card ni boleh bagi potongan sehingga 70% kot. Seluruh dunia pulak tu!! Hampir2 tergoda jugak lah(pandai diorang ni goreng kitorang.. hahaha) Tapi memikirkan dah bulan 12.. makanya nak pakai duit tuk sessi persekolahan cikkak2 tu.. dia nak pendaftaran rm 2k kotttt!! pitam mak nyah!!

Patutnya 10%.. tapi tuk hari tu jew dia terima banyak tu. Korang taw 10% dari baper? dalam 24k & baper ratus ntah tak ingat.. tuk every month!!Pitam lagi sekali!! Selepas berbincang dari hati ke hati (echeeewah!) kami pun sepakat tak join.
Lagipun kami bukan berjalan every month pun.. paling tak cuti sekolah.

Tapi seperti yang dijanjikan, kami stil dapat voucher tu.. yeayyy!! diorang bagi 3 pilihan.. Sabah, Sarawak & Penang.
Pilihan penginapan..

Memandangkan kami baru pergi sabah last year.. so, skip la. Sarawak pulak macam takde yang menarik . So, Penang!!! Lagipun dah lama tak pi Penang. Last pegi kakak 3 @4 tahun.. skang dia dah 11 thn kot.Just nice!!

Ingat malas nak book awal2. Tak plan lagi nak pi bila. Tapinya, valid tuk 3 bulan jew.. that means sampai bulan 3. Cadangnya nak pegi time cuti sekokah bulan 3.. sekali full!! adeh!! acaner?? carik lak date sabtu ahad. Pun full. Lastly, hujung bulan 3. Ngam2 seminggu lepas cuti sekolah. Orang dah naik sekolah kita baru nak bercuti... nasib ler labu..

Nampak tak muka excited budak nak jalan jauh ni? 1st time katanyer..

Date yang free tu ahad, isnin & selasa. Alang2 dah berjalan, kitorang decide pegi sabtu. Tido tepi pantai semalam. Sebab yang voucher tu kat kondo tengah bandar. . kat Penang times square.. Yes!! Penang! We are here!!!

Sabtu tu tido kat Golden Sands Resort. Terbaek habaq hang.. Sebab banyak aktiviti2 yang menarik. Sampai2 jew petang tu checkin terus main jet ski & naik parasailing.. 1st time seumur hidup kot! dah tua2 baru merasa. Untung anak2 skang. Zaman aku kecik2 dulu nan hadoo.. huhuhu..
Muka ada sikit pucat..
Control skit!
Turn anak2..
Turn ibu pulak!

Satu perasaan happy yang tak dapat digambarkan bila dapat berkumpul bersama family.. walaupun family kami ni tak besau mana pun.. hehehe

Tunggu turn nak naik parasailing..

Peace yo!

Banana boat!!

Bercanda di tepian pantai..

Sara nyer aktiviti.. Zzzz..

Malam meround pasar malam yang secoit tu. Pastu pi makan. Takde aktiviti.Pagi esok repeat lagi main jet ski.. yeeehaa!! oh ya, harga boleh tahan la. Jet ski rm150 sejam. Parasailing pun sama.. rm150 tuk 2 orang.. kalau sorang rm100 sekali naik. Best la kalau nak cuba untuk yang tak pernah cam aku ni..ni.Disebabkan semalamnya kanak2 dah naik.. turn mak ayah pulak yer.. kanak2 sessi swimming pool ajo! oh ya, kitorang ni kalau carik hotel mesti WAJIB ada swimming pool... sapa ada anak taw la kenapa.. hahaha..

Esoknya, check out terus ke Penang times square untuk check in next station. Ok la rumahnya. Privacy & security gila. Betul2 atas times square. Tapi takde apa yang menarik pun. Tengah town kan. Bebudak jew la seronok mandi pool.
Petang kuar jenjalan jap. Round jalan kaki jew. Makan nasi kandaq kasim sebelah The Store. .
Jalan2 carik makan..

Esoknya, isnin naik bukit bendera. Ok la.. tak ramai orang kan sebab hari keje. Dulu naik berempat.. la ni naik berlima.. agak2 ada berenam pulak ke? erk!!jeng jeng jeng..
Us..

My MIL & SIL

Mak2 dara..

L.O.V.E

Sara excited naik bukit bendera!!

Our small family..

Belah malam pulak sempat singgah ke mall paling besar kat sana.. Jusco seberang perai.. cuci2 mata jew.. and sebelum balik singgah benteng pekena passemboq.. terbaek habaq hang!! sampai ri ni teringat2 lagi!!

Tu lah kisah percutian paling jauh buat Sara setakat ni. Insyaallah, ada rezki kita gi tempat lain pulak yer sayang..
Sara sedih.. nak balik daaa..


No comments:

Post a Comment