Saturday 31 October 2015

12 tahun.. penantian yang indah!!-MAJLIS AQIQAH BABY ANIS ZAHRA

Assalamualaikum!

Sebenarnya.. berat tuk aku menulis kisah ni. Tak tau nak mula dari mana. Perasaan ni bercampur aduk.. antara gembira, sedih, terharu, teruja dan seribu satu perasaan lagi. Hadir ke majlis ni pun dah memberikan aku satu rasa yang hanya Allah saja yang tahu. Dan satu yang aku tahu, sesungguhnya Allah maha mengetahui & maha berkuasa.. dan sesungguhnya "kun faya kun" hanya milik Allah!!

Oh ya, kisahnya aku di jemput ke majlis aqiqah & berendoi baby Anis Zahra ni. Ibunya bukanlah sapa2 dengan aku.. bukanlah saudara, hanya saudara seislam.Jauh sekali adik beradik sedarah sedaging, hanya darah kami sama merahnya.. yang sama antara kami, kami berkongsi tarikh nikah yang sama.. 12 tahun yang lalu..

Masih segar lagi di minda.. betapa manis nya ibumu bersanding malam itu. Auntie dah bersanding awal seminggunya. Oh ya, kami juga sama2 berkongsi pasangan pelamin. 2 pengantin. Sebelumnya aku dan adik iparku a.k.a adik suamiku bersanding. Minggu depannya pula ibumu dan juga adik iparku a.k.a birasnya a.k.a mak langmu Anis Zahra..

Auntie k.Sara Anis wif m.lang Anis..
Ibumu dikurniakan rezki yang awal antara kami bertiga. Namun rencana Allah telah tertulis.. belum masanya. Ibumu keguguran. Dan bermula dari episod duka itu.. bertimpa2 dengan pelbagai ujian dari Allah. Penuh duka dan derita, tak terjangkau dek akal ini.. betapa tabahnya ibumu.. tak mungkin auntie mampu menanggungnya...

Keguguran demi keguguran.. harapan demi harapan.. ibumu tetap tabah menyulam impian. 12 tahun sayang.. bukan satu masa yang singkat.. pelbagai onak dan duri terpaksa di rempuh.. di potong malah dibuang.. dicuci.. digodok.. ubat jangan ditanya.. pasti lelah ibumu mahu menghadamnya.. demi seorang anak, penyambung kasih, bukti cinta ibumu pada ayah!!

Ingatlah anak, bukan cerita dongeng.. juga bukan kisah novel.. ianya memang benar apabila syurgamu terletak ditelapak kaki ibumu!!Moga kamu membesar.. menjadi anak yang solehah.. impian setiap ibu & ayah.. Amin!!

Moga menjadi inspirasi buat ibu2 diluar sana.. andai sudah tertulis, cepat atau lambat.. rezki itu pasti.  Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya, melainkan dengan ujian yang mampu di tempuh oleh setiap hamba2 nya..


P/S : err Kakak Sara tumpang pose kat pelamin baby Anis yang vogue ni yer.. he he he

Interprem skit.. hehehe

Goodies ni m.lang Anis buat.. cute angat!!

Precious moment!!

No comments:

Post a Comment