Monday, 12 October 2015

Periksa oh periksa.. anak yang exam ibu yg over-UPKK

Assalamualaikum..

Hari ni si kakak exam paper ke 2. Khamis lepas peksa paper 1 - Bahasa Arab. Senang katanya. Hurmmm.. kakak ni pernah lah pulak kata susahkan. Masa matematik yg dapat 'E' tu pun dia cakap ok.. hahahaha.. Tapi harap2 memang ok yg sebenar2 nya lah yer.

Actually, UPKK ni kira exam besar yang pertama dia lah. Untuk sekolah agama. Negeri Sembilan amik UPKK.. kalau sekolah lain PSRA. Penilaian Sekolah Rendah Agama. Kiranya exam last untuk sekolah agama lah. Tahun depan dah takde sekolah agama dah. And kalau nak masuk asrama sekolah agama kena dapat 8A. Stresss!!!

Erk!! anak yang exam mak yang stress.. apa kes ek?? hahaha.. Aku taktaw la aku yang paranoid atau memang semua mak2 sama. Sebab masa aku dulu mak aku rileks jew. Aku yang stress. Tapi skang aku yang stress.. anak aku lekkk jew.. huwaaaa..

Dan disebabkan masalah jerebu ni jugaklah stress berganda. Mana taknya.. elok2 patut minggu lepas dah merdeka.. terpaksa postponed peksa. Dan mak ni pun postponed gak stress nyer.. hahaha.. yer lah.. dah study bagai nak rak kot. alih2 postponed.

Nampak tak kegigihan ibu ni buat nota tuk anak? Walaupun skill dah berkarat.. al maklum lah dah berbelas tahun tak study & buat nota, untuk mu anak ibu gagahkan jua..

Dan paling respect kat ustazah nya yang tak putus2 hantar wassap.. bagi kata2 semangat selepas bertungkus lumus buat tusyen every weeks.. jasamu akan tetap di kenang ustazah!!

Apapun anak ibu, kita dah usaha & doa. So, tinggal tawakkal jew apa2 dapat nanti. Ibu tak nak awak stress2. Cukup la ibu sorang jew stress.. Moga kamu dipermudahkan dalam menjawab soalan2 nanti.. untuk hari ni, esok dan khamis. Good luck sayang!!

* Oh ya.. percubaan kakak dapat 4A 3B. Walaupun ayah tak puas hati, tapi ibu happy. . Sebab ibu taw kita dah usaha kan sayang.. (percubaan 7 subject jew.. sebab final baru masuk lagi 1 subject iaitu hafazan)

Tuesday, 6 October 2015

Resepi mudah.. Request by princess..-KEK BATIK

Assalamualaikum..

Ok.. ni pasal desert lagi. Actually, baru jew habiskan cheesekut yang aku buat ari tu. Sebenarnya, aku malas nak buat desert lagi.. yer la.. kang aku gak kena perabih.. kalau tak kang sayang pulak.. membazir..yang sebetulnya Lupa lak yang anak2 & bapak anak tak gemaukan cheese. Kalau coklat laju la.

Dan tetiba putri2 ni duk request nak kek batik.Hurmmm.. dah lama tak buat katanya. Tak sampai hati pulak nak kata tak. Belek2 barang kat lemari doremon, ok ada. So,moh ler kita buat.

Macam biasa la.. resepi aku semudah a b c jew..

Bahan2 nyer seperti berikut..
1)Milo paket kecik ke@ 2 ke 3 cawan
2)seketul butter
3)Susu setengah tin @ 3/4 tin
4)Biskut marrie sepeket

mula2 cairkan butter dulu.

lepas tu, masukkan susu & milo.. kacau sebati..

Susun biskut & tuang bahan2 yg dah sebati.. ulang sampai habis . Dah siap!!

Oh ya.. dulu aku campur jew biskut masa dah sebati bahan2 tu. Tapi cam jeles lak tengok org buat kek batik ni tersusun cantik. Rupanya diorg susun biskut tu. Patut la lawo. Tu yang aku gigih try test buat. Alaaa.. korang kalau malas susun, boleh jew gaul semua terus.. pastu tekan2 bagi padat. Masuk perut sama jew.. yer dok!! Tapi kalau rajin cam aku (ngeh ngeh ngeh) leh ler susun. Lawo skit.Jadi ler ruper gini..

Bila citer pasal kek batik ni, teringat zaman asrama2 dulu. Punya lah gigih nak makan kek batik.. dapur takde kan. So, buat atas darat jew.. milo+susu+biskut.. pun jadi.. hahahaha.. hancuss!!

Anyway.. selamat mengemokkan diri yer.. daaaa...

Thursday, 1 October 2015

Resepi senang + sedap + simple -CHEESEKUT

Assalamualaikum...

Al kisahnya.. aku ni bila bab2 buat dessert ni memang ikut mood. Beli barang memang rajin.. tu yang tiap kali shopping barang dapur aku mesti selit 2@3 barang2 buat kek @ biskut ni. Dan tiap kali tu jugak la En.suami duk perli aku "bila nak buat nyer ni?" hahaha.. Entahlah.. aku ni ada sejenis penyakit berjangkit (mak mentua aku ajar.. sorry mak.. hahaha).. dia kata, beli jer.. bila teringin nak buat, benda dah ada .. betul jugak kan? ( walaupun mood semedang jew kelaut.. hahaha)

Nak dijadikan citer.. semalam aku kemas peti ais, tertengok kat cheese yang dah berkurun aku beli (sebulan ada kot). eh! dah tarikh luput kata ko.. tapi baru sehari dua.. boleh lagi ni.. so, dengan gigihnya aku mencarik balik resepi yg dah berkurun gak aku simpan.. YES!! nasib ada lagi.. makanya, misi pun bermula...

Untuk pengetahuan korang, dah lama aku tingin nak buat cheesekut ni. Almaklumlah.. ramai nau yang post kat FB & IG pasal mendalah ni. Tengok macam sedap jew.. resepi pun cam senang jew.. tu yang termasuk dlm list try & error aku. Tapi tak pernahnya lah kesampaian. Padahal biskut tu dah kali ke-4 aku beli. Mana taknya.. agak2 dah lama kat lemari tu, anak aku tibai wat cicah air milo. Nak marah tak sampai ati.. dah ibunya rajin ya'mat kan. Makanya tiap kali dah kena tibai beli ler lagi.

Bila dah terpaksa ni, nak tak nak kena la wat jugak. Aku bukan pe.. kang bila buat kek@biskut pepelik ni anak2 & ayah anak tak baper nak jalan. Penyudahnya, aku jugak ler yg perabih. Camne ler babat tak makin tebal.. muahaha..

Macam aku cakap, bahan2 nyer senang nau2. Aku, kalau susah memang tak masuk list jawabnyer. Tak caya? Ni ha bahan2 nyer..

Haa.. 4 barang ni jew pun.

-Memula, masukkan cheese & setengah tin susu pekat manis tu dlm mixer.. kalau takde masuk blender jew.. sampai agak2 kembang ok dah tu.

-Susun biskut dlm bekas selapis. Biskut tu celup sesaat dlm susu cair.. low fat pun boleh.. aku belasah susu anak aku jew.. tu jew yg hadoo.. muahaha..

-Lepas tu sapu cheese yg dah mix tadi.. letak balik biskut celup.. dan ulang la sampai 5@6 lapis ke. Ikut korang ler nak tinggi mana.. agak2 tinggi tappurware tu ke.. pastikan yg last sekali, maknanyer yg atas sekali mesti tebal skit.

-Siap! Masuk peti ais 4 @ 5 jam.. dah boleh ngap. Makan sejuk2 sedap. Oh ya.. yg aku tabur kat atas tu cornflakes. Aku blend & tabur. Alaaa.. deco2 skit.. kasi lawo kata ko..

Ni ler hasil nyer..




Dapatnya memang nampak skit. Tapi sebenarnya banyak jew. Sebabnya, makan kena sikit2.. sebab cepat muak. Sangat sesuai tuk org yang sedang gigih membina lemak & babat.. hahaha.. aku ler tu.. erk!!

Selamat mencuba!!

Wednesday, 16 September 2015

Sara & eczema. . -EZERRA & EZENIDE

Assalamualaikum...

Entry kali ni nak citer pasal eczema yang melanda Sara suatu ketika dulu.. Just sharing tuk ibu2 yang buntu macam aku masa dolu2..

Masa lepas pantang tu, mula2 aku tengok takde la teruk sangat. Ingatkan biasa jew.. ruam susu jew kot..

Tapi makin lama makin teruk pulak. Ayahnya dah risau dah. Kebetulan masa tu balik kg, so pergi la klinik kat Masjid Tanah tu. Klinik pertama tu, macam tak syok jew.. sebab tak cek pun.. just tengok & terus bagi ubat sapu yg tulis 'poison' kat bekas dia tu.

En. Suami tak puas hati.. pegi la carik klinik lain. Yang ni ok skit.. Dr. India.. friendly skit.. tanya2 cek2 & bagi ubat. Sekali ubat yang sama daaaa.. hahaha

Ok, kita try dulu kata En. Suami. 2 ke 3 hari pakai makin teruk. .

Kesian Sara.. makin meragam.. serba tak kena.. agaknyer pedih kan.. sebab aku tengok dah berdarah pun ada pipi dia..dan dah merebak ke leher.. telinga.. kepala.. huwaaa!!!

So, balik nilai kitorang pun decide gi klinik pakar kanak2 nilai. Dr. Cakap Sara ada eczema. Kulit dia sensitif. So, Dr. bagi Ezenide lotion ni & moisturiser sekali. So, lepas mandi harus sapu moisturiser untuk mengelakkan kulit Sara kering.. kalau kulit kering tu yang jadi eczema.


Selain tu kena stop mandian yang biasa.. kena tukar ke mandian berubat.. so, aku pakai sebamed yang liquid tu.. senang.

Dr. Cakap ubat ni agak kuat. Tapi 2 hari jew hilang. Mula2 mcm tak percaya.. takkan 2 hari jew boleh hilang kan. Takpe.. kita try test tengok.

Hari pertama pakai kulit sarah memerah (sama mcm Dr Cakap). Pakai 2 kali.. pagi & malam. Agaknya ubat tu makan eczema tu gaknyer.. tu yang merah menyala gaknyer.. masuk hari kedua, merah tu surut dan ajaibnya masuk hari ketiga hilang!!

So, lepas tu asal nak naik jew aku sapu. Alhamdulillah.. skang dah bebas eczema dah. Tapi nak ikutkan baby memang biasa ruam2 ni.. kadang2 ruam susu kan.. cuma nyer teruk ngan tidak jew la. Tapi jenama ni memang bagus la. Terbukti berkesan. Korang kalau nak try boleh la cuba kat anak2 yang eczema tu.. mana taw rasi kan..

Friday, 11 September 2015

11 September datang lagi... -HAPPY BIRTHDAY TO US!!

Assalamualaikum...

Begitu pantas masa berlalu, rasa mcm baru jew sambut birthday ari tu... dah nak sambut balik. Tapi tak nak tambah umur aci tak?? Maintain diva sweet 17th sokmo.. huhuhuhu..

Apa pun aku nak ucapkan happy birthday buat bestfriendku.. teman tapi mesraku.. degup jantungku.. adik seperut seuri ku..kembar 7 minitku.. happy birthday tet.. moga panjang umur.. dimurahkan rezki.. diberi kekuatan fizikal & mental.. dan istiqomah sentiasa.. Amin!!!.. doakan kekandamu jua!!I luv u more.. u know that!!


Tak lupa juga buat adik kembar akak lain mak lain apak juga lain tahun tapi sebaya ( muahahaha.. gelak jin afred jap) Siti Aisyah.. moga panjang umur.. murah rezki.. cepat2 berdua.. & akak rindu kamoo bangat nihh!! Bila lah leh dating ni kan..


And lastly.. happy 9month to my jantung hati ibu.. cepat masa berlalu.. moga kamoo jadi anak yang solehah buat ayah & ibu ya sayang.. ibu & ayah sayang baby until jannah!!

Monday, 7 September 2015

Salam perpisahan.. -OUR FAREWELL

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah seminggu aku officially jadi housewife sepenuh masa.. hehehe.. Kejap je masa berjalan kan.

Disebabkan kesibukan yang maha dahsyat, baru la dapat menulis sesikit. Tu yang kengkadang dah draft lelama baru dapat pos. Almaklumla.. tunggu tuan putri beradu dulu baru leh start..

Hari ni nak citer pasal peristiwa last week.. last keje & last bergelar pekerja. Office ada la buat jamuan meraikan (apakah?? happy nkorang yer kitorang takde.. hahaha just kidding) jamuan perpisahan sebenarnya.

Agak tersentuh. Yer la.. dah dekat 9 tahun berkhidmat. Perpisahan sememangnya amat menyakitkan. . Huhuhu.. harap2 ikatan kekeluargaan & persahabatan ini kekal hingga akhirat.. Amin!!

Apapun thanks buat bos2ku yg gigih arrange majlis walaupun last minute. Expecially P.Lin yg gigih buat my favourite dessert cocktail tu (siap tapau ko).

Jom layan beberapa keping gambau time tu.. salesman tak ramai sebab ada hal masing2.. maklumler.. last minute planning.. huhuhu..


Our team..


My bodyguard at office. .

My cutest bos..



Thanks Puan.. I luv this flower very very mucho..

Tuwettt angat!!
Good luck to all madanianz.. forget me not ok!! Maaf jika ada terguris perasaan.. tersentap rasa.. terhiris hati.. tersiat jiwa.. sesungguhnya tiada niat sekelumit rasa pun, hanya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.. moga kalian success dunia & akhirat.. Amin!!

Sunday, 6 September 2015

Haruman syurga umie & ibu - SARA BESTFRIEND

Assalamualaikum!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam merdeka semua. Tapi tak citer pasal merdeka. Nak citer pasal our new baby.. baby "H". Baby "H" dah selamat dilahirkan pada 28.8.2015 bersamaan hari jumaat yang lepas. Hurm.. baby takmo tunggu merdeka sebab baby nak sambut merdeka sesama.. hehehe..

So, disebabkan baby lahir time ibu tengah2 keje.. maka semalam la baru dapat gomoi baby. Tapi tak dapat lama, sorry baby yer.. kakak chala awak demam la.. merengek jew.. next time kita gomoi2 lagi yer..

Meh layan gambo baby & ibu..



Moga baby ibu membesar menjadi anak yang solehah & penyejuk hati ummie & dady mu yer sayang..