Tuesday 29 March 2016

Resepi paling memikat jiwa-KEK COKLAT CAREMAL


Assalamualaikum...

Perghhh.. resepi hari ni betul2 bawak diet ke laut. Walaupun manis, tapi tak dapat menahan diri tuk bukak peti ais & potong sehiris.. ( dah berhiris2 masuk perut dah ni.. huhuhu ). Sedap tahap dewa habaq hang...

Benda sedap tak baik lokek ilmu. Moh ler kita buat sesama yer.. resepi,  credit cikgu ina kita..

1) Lapisan Karemal - masak gula dlm 6-7 sudu tuk jadikan karemal. Kalau karemal tak larut, panaskan loyang kejap & ratakan.


2) Lapisan Puding - bahan2 nya..


- 2 keping roti putih ( carik kecik2 )
- 3 biji telur
- 1 tin susu cair
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan gula ( nak manis letak 1/2 )
- 1 sudu kecil esen vanila

* Masukkan semua bahan2 dlm blender & blender ler.. hehehe..

* Sapu keliling loyang ngan tisu basah.. bukan tisu basah baby taw.. tisu biasa, basahkan air. Tak bagi puding melekat kat loyang nanti. Dah boleh tapis masuk loyang.

* Kukus 30 minit @ sehingga masak.( Bila goyang2 takde air dah, masak ler tu.

Blend kasi hancur

Tadaaa.. Ni ler ngupenyer dah masak..


3) Lapisan kek- Bahan2 nya..

Siapkan adunan kek sementara tunggu puding masak

- 1  1/2 cawan tepung gandum*
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 1 sudu kecil soda bikabonat*
- secubit garam*
- 5 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu besar ovelate
- 1 cawan susu pekat

- 1/4 cawan susu cair
- 1/2 cawan air panas 

- Sila ayak bahan2 yang bertanda ( * ) bagi menghasilkan kek yg gebus gebas

Tepung gandum + serbuk coco + baking powder + soda bikarbonat + garam halus

Moh kita start me 'mixer'..

* memula kita masukkan telur + gula + ovelate - putar sampai kembang.

Telur + gula + ovelate

* Dah kembang masukkan susu pekat.. kemudian minyak masak.

Susu pekat + minyak masak
* Dah sebati, masukkan tepung sikit2. Kalau masuk banyak sekali kang berterbangan pulak.

Putar adunan sampai jadi cenggini

* Masukkan susu cair .. kemudian air panas.. kacau pakai tangan jew ( spatula @ senduk, kang ada lak yg pakai jari.. hahaha ). Sebatikan.

Susu cair + Air panas

* Done! Dah boleh masuk kat dalam loyang puding yg dah masak tadi.

* Cakar2 skit puding bagi adunan kek melekat nanti bila masak.

* Tutup loyang ngan plastik, tak bagi air masuk masa mengukus.

Sedia untuk dikukus..

Tadaaaa.. sejuk2 lagi sedap!!

Kasi close up skit.. hehehe

P/S : adunan kek tu banyak. Balance nya dapat sebijik kek coklat kecik. Agaknya loyang ni kecik kot.. huhuhu.. rasanya loyang tak berapa besar ni dapat 2 biji. Next time dah boleh budget.

Balance tadi punya kek. 

Pelagi.. moh ler kita try test buat. Layan woo makan sambil layan hindustan.. hahaha.. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment