Saturday 26 March 2016

Resepi mudah & sedap tanpa oven from cikgu Ina - CHEESE TART GIANT

Assalamualaikum...

Hurmmm.. lama tak citer pasal resepi ni kan. Almaklumlah, bila dah duk umah ni keje utamanya masak ler yer idok. Dah memacam resepi dicuba.. ada yang jadi & ada yang hancus.. wakakaka.. Fenomena baru ni pulak terjebak ngan si ina azlina tu hah.. suka ngan resepi2 nya.. mudah dan tak lokek ilmu. Banyak jugak dah try & ada yang derhaka sana sini sikit.. hahaha.. maklum ler, bila mood membaking dah sampai & barang pulak nan hadoo.. belasah jew apa yg melintang lalu.. hahaha..

Khamis lepas dia banje resepi cheese tart. And the best part pakai pan @ kuali leper tu. Sesuai la ngan aku yg takde oven ni. Masalahnya pulak aku takde tutup periuk. Penyudahnya pakai periuk jew.. kahkahkah.. tapi periuk serbaguna la.. panjang kisah periuk ni.. kena tipu masa beli.. rm400.. padahal rm250 jew.. huwaaaaa!!!

Dah2 la ingat kisah sedeh tu.. jom kita try buat cheese tart ni..


1st kita buat shell @ kulit dia dulu yer.. 
- separuh butter (resepi asal 1/2 butter@margerin)
- 2 cawan tepung gandum ( cap rose terbaek)
- 1 sudu kecil garam



Campur semua bahan2 & ramas sampai sebati ( mcm dlm gambar )


Masukkan 1 biji telur dan gaul sampai sebati ( refer gambo )


Ratakan doh tadi dlm pan. Saya dlm periuk la.. hehehe.. bunga2 tepi tu pakai garpu jew.. doh jgn tebal sangat.. kang makan tepung jew.. lagipun nipis cepat masak


Bahan untuk filing pulak..

250g cheese tatura(jenama lain pun hokey)
-kalau pan kecik pakai 125g cheese
1/2 cawan susu segar
-whipping cream lagi best
3 biji kuning telur
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung ( bancuh dgn 1/4 cawan susu segar )


Putar @ blander semua bahan2 tadi kecuali tepung jagung yg dah bancuh tadi. Dah hancur & sebati baru masukkan tepung jagung tu.. kacau jew..


Ok.. dah boleh tuang dlm shell yg dah siap tadi.


Dah boleh bakar.. tengok betapa besarnya periuk daku.. hahaha.. bakar 30 minit utk pan kecik.. mcm daku ni dlm 45 minit.. tapi terover cook pulak.. lupa pulak terlebih ke 1 jam.. huhuhu


Tadaaa!! Dah siap. Tapi nipis la.. almaklumlah periuk besar amat & over cook skit. Tapi rasanya memang superb!!


Okey.. closeup skit. Semalam diorang bawak bekal. Yang si adik siap cakap " ibu, cikgu cakap sedap. Isnin bawak lagi yer". Amboiii.. yer lah tu. Hari ni dah licin.. hahaha..


No comments:

Post a Comment