Tuesday 8 December 2015

cuti2 malaysia.. JayBee, we are coming!! -JOHOR BHARU

Assalamualaikum. .

Entry kali ni nak citer pasal cuti2 Malaysia yang terakhir tuk tahun ni. Hurmmm.. kejap jew dah nak habis tahun kan. Dah start cuti panjang pun. Macam biasa la.. cuti sekolah mesti plan jenjalan bawak budak2 ni. Tahun lepas hujung cuti baru dapat jalan. Almaklum la baby Sara kuar awal cuti. . Huhuhu.. pun dapat gi Melaka jew. Sebab dalam pantang kan. So, tahun ni gi la jauh skit.. JOHOR !!

Yang sebenarnya dah takde idea nak pergi mana. Nak gi belah2 pantai timur.. musim hujan. Takut banjir pulak. Pilih punya pilih ke Johor kita. Lagipun dah lama tak ke sana. Kira halal lah.. hahaha. Dan Alhamdulillah sepanjang 3 hari, masa balik baru hujan.. Nasib memang baek!!

Hurmmm.. bila dipikir2 balik tahun ni cuti2 Malaysia lebih duk tengah bandar.. hahaha. . Bulan 3 gi Penang duk kat Penang Times Square. . Bulan 5 pulak gi I City.. pun duk hotel I City & last Johor Bharu.. semua tengah2 bandar. . Hahaha.. Gamaknya deme2 ni dah bosan duk laut.. tu yang duk tengah bandar.. kikiki..

Hotel yang dipilih, Hotel Grand Paragon. Mommy Ika yang survey. Ibu pollow jew.. hahaha.. Jom kita tengok Iterinary sepanjang 3 hari 2 mlm kami. Mana taw, boleh jadi pedoman tuk korang (sangatttt).

DAY 1

Perjalanan start awal pagi. Konon2 kul 9pagi kat hentian rehat Pedas. Tapi mcm biasalah.. bila dah ramai2 & ada baby2 ni semua lari timing. Sorang2 sampai & kereta yang terakhir sampai kul 12.. hahahaha.. semua 5 kereta. Dan kami mcm biasa lah jugak breakfast mesti bawak bekal.. ala2 berkelah ditepian highway gitu.. ko hadoo??

Berkelah kata ko.. hahaha

Siap2 makan perjalanan diteruskan. Dekat kul 3 jugaklah baru sampai. Walaupun kepenatan.. posing tetap posing!!


Tadaaa!! Ni la bilik kami. Ok la.. luas.. harga rm230 semalam. Biasalah.. harga cuti sekolah + weekend. . Huhuhu



Kitorang ni pilih hotel tak cerewet.. yang penting selesa, ada swimming pool, ada breakfast.. settle!!

Tengok, sampai2 jew ni yang diorang serbu dulu.. huhuhu


Dah penat berjimba.. rehat sat. Malam nak jalan lagi.. Destinasi seterusnya pas magrib. Lokasi pasar karat. Perghhh.. ramainyalah umat manusia. Tempatnya ala2 uptown kita gak ler. Barang2 agak mahal nak compare ngan sini. Maybe target diorang orang Singapore. So, yang nan hadoo ni cuci mata sudaaa.. Nak datang kena awal. . Kalau tak menapak ler berkilo2 meter jauh nya...


Dalam cuci2 mata berejam gaklah kat sini. Nak pegi makan western tak kesampaian.. kul 12 dah tutup.. kwang kwang.. so, ke sini ajo.. dah tu jew yang bukak..bhahaha..


DAY 2

Breakfast hari ni western. Kata duk bandar kannn.. hahaha.. sampai si kenit2 ni pun mkn cereal jew..


Pas breakfast.. berendam lagi..


Pas mandi manda.. siap2 tuk lunch pulak. Tak sah kalau pi Johor ni tak pekena nasi beriani gham Johor kan. So, hasil Google dari pakcik facebook.. kita serang Roslin Beriani House. Dan memang tak sia2.. sedap baq hang!!


Dah kenyang kan? Pe lagi.. cuci mata pulak. Eon city Tebrau la kita!!


Dah lenguh berjalan.. kita dinner pulak. Disebabkan masih kenyang.. so kita just lepak2 santai jew la. So, the best location is here!!


Tempat ni kat Danga Bay. Havoc & happening sangat. Siap masuk dalam jalan2 carik makan lagi.. hehehe.. semua ada.. dari makanan berat mcm nasi & western sampailah ringan2 mcm murtabak cheese & pisang goreng cheese.


DAY 3

Breakfast pagi ni awal skit. Lapor kata ko.. semalam dinner awal kannn.. so, makan nasik pagi ni. Western tetap ada.. hahaha


En. Suami ni, gym memang favourite dia..

Dan aktiviti biasa sebelum check out. . Berendam la.. nampak tak betapa penting nya swimming pool ni.. hahaha



Siap mandi, naik bilik kemas2. Kul 1 nak check out dah.. huhuhu.. cepat jew masa berlalu kalau berjalan ni kan.. cer time keje.. bercinta tunggu weekend. . Hahaha.. bye bye Paragon.. ada rezki jumpa lagi.. huhuhu

Sara pun sedih nak balik dah..


Sebelum balik, kita posing dulu kat laut Danga Bay buat kenangan..







Selfie time!!

Dah penat bergambo & berselfie.. kita serang restoran terapung pulak tuk lunch.


Special nyer restoran ni kerabat2, orang2 kenamaan bahkan retis pun dah sampai sini. Famous bangat nih!! Special nyer apa? Siakap goreng panas2 fresh dari bawah lantai tempat kita makan(ikan bela sendiri dlm sangkar air masin).oh ya, nak makan kena book yer.. kalau walk in tak layan taw.. full sokmo!!

Makanan kampung.. sambil disapa angin2 sepoi bahasa

Sambil makan ada pulak persembahan kuak lentang dari budak2 ni. Bukan free taw.. masa balik siap dapat upah lagi.. hahaha

Macam2 kuak keluar.. hahaha

Dah kenyang.. so, Destinasi terakhir.. Johor premium Outlet. Semacam satu kewajipan pulak kalau gi Johor mesti singgah sini kan. Padahal tak beli pape pun..hahaha..



So, tu jelah yang berlaku sepanjang pengembaraan kami ke Johor. Mana2 yang tak taw nak pegi mana ataw dah habis peta malaysia pegi.. leh la try gi Johor ni.. best gak sekali sekala tukar angin kan.. asyik laut jew..

Apapun.. bila berkumpul bersama family semua jadi best. Tak kira lah pegi mana pun kan. Thanks my lovely family belah husband ku.. our cousin. . Our uncle & auntie. . My MIL.. you all alwayz awesome!! Tahun depan set lagi yer!! Muahhhh!!


No comments:

Post a Comment