Saturday 12 December 2015

happy birthday nyawa ibu..-SARA TURNS 1

Assalamualaikum..

Entry kali ni ibu dedikasikan khas buat anak ibu Sarah Arissa.. andai ibu tiada nanti.. inilah kenangan terindah buat kamu dari ibu sayang.....

Hari ini kamu genap setahun. Setahun yang sangat indah buat ibu & ayah.. juga kakak2 mu. Setahun yang bagaikan mimpi dapat mencium & memelukmu saban hari. Setahun yang tiada gantinya dengan emas selautan..

Ibu cuma mahu kamu tahu, bukan mudah ibu mendapatkan kamu.. 9 tahun menunggu.. pelbagai suka duka yang perlu diharungi.. beribu onak dan duri perlu ditempuhi.. dan hampir nyawa menjadi galang gantinya.. Sesungguhnya, hanya Allah yang maha mengetahui.. ketika ibu hampir rebah.. ketika ayah sudah berserah.. ketika dunia ibu hampir musnah.. kamu hadir menyapu airmata ini.. membasuh luka ini.. menyinari kembali dunia ini.. sesungguhnya ibu tak mungkin tabah buat sekian kalinya lagi..

Kini genap setahun kamu bernafas.. tidak henti2 memberikan ibu senyuman.. tidak jemu2 memberikan dakapan ..tidak pernah sekalipun menjadi bebanan.. kerana kamu adalah impian.. Apa yang ibu harapkan.. sama seperti ibu2 yang lain.. moga kamu membesar menjadi anak yang solehah, sihat, berjaya dalam hidup.. dan jangan pernah lupa untuk mendoakan ibu apabila ibu tiada kelak..

Inilah kamu sepanjang setahun bersama kami.. setiap satunya memberi makna yang berbeza.. namun rasa cinta yang sama.. semuanya tentang kamu...

hari pertamamu didunia..


seminggu kemudian..

1 BULAN


2 BULAN


3 BULAN


4 BULAN

5 BULAN


6 BULAN

7 BULAN


Dan raya pertamamu. .

8 BULAN

9 BULAN


10 BULAN


11 BULAN




12 BULAN


1 TAHUN

Alhamdulillah.. kamu membesar dengan sihat dan sempurna.. ibu juga bersyukur kerana kamu dikelilingi orang2 yang amat menyayangi kamu terutamanya nenek2 kamu.. mamalong & ayahlong, k.mira, a.afiq, a.mahan.. mummy & ayah shu, k.yong, abg yin, abg ayish.. maklong & paklong.. k.rania, k.syazirah.. umie & dady.. k.husna, abg qimi, abg haiqal, baby haq.. tak lupa juga mama ika & uncle boy.. abg jad, kakak mimin.. dan ramai lagi yang tak mampu ibu lakarkan disini.. semuanya menyayangi kamu sepenuh hati sayang.. jangan ditanya sebanyak mana.. tak mungkin kamu mampu menghitungnya..

Teruskan tersenyum sayang.. kerana senyumanmu penguat semangat buat ibu.. ibu sayang kamu nyawa ibu.. gadis si lesung pipit!!

No comments:

Post a Comment