Tuesday, 29 March 2016

Resepi paling memikat jiwa-KEK COKLAT CAREMAL


Assalamualaikum...

Perghhh.. resepi hari ni betul2 bawak diet ke laut. Walaupun manis, tapi tak dapat menahan diri tuk bukak peti ais & potong sehiris.. ( dah berhiris2 masuk perut dah ni.. huhuhu ). Sedap tahap dewa habaq hang...

Benda sedap tak baik lokek ilmu. Moh ler kita buat sesama yer.. resepi,  credit cikgu ina kita..

1) Lapisan Karemal - masak gula dlm 6-7 sudu tuk jadikan karemal. Kalau karemal tak larut, panaskan loyang kejap & ratakan.


2) Lapisan Puding - bahan2 nya..


- 2 keping roti putih ( carik kecik2 )
- 3 biji telur
- 1 tin susu cair
- 3 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan gula ( nak manis letak 1/2 )
- 1 sudu kecil esen vanila

* Masukkan semua bahan2 dlm blender & blender ler.. hehehe..

* Sapu keliling loyang ngan tisu basah.. bukan tisu basah baby taw.. tisu biasa, basahkan air. Tak bagi puding melekat kat loyang nanti. Dah boleh tapis masuk loyang.

* Kukus 30 minit @ sehingga masak.( Bila goyang2 takde air dah, masak ler tu.

Blend kasi hancur

Tadaaa.. Ni ler ngupenyer dah masak..


3) Lapisan kek- Bahan2 nya..

Siapkan adunan kek sementara tunggu puding masak

- 1  1/2 cawan tepung gandum*
- 1 cawan serbuk koko*
- 1 sudu kecil baking powder*
- 1 sudu kecil soda bikabonat*
- secubit garam*
- 5 biji telur
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu besar ovelate
- 1 cawan susu pekat

- 1/4 cawan susu cair
- 1/2 cawan air panas 

- Sila ayak bahan2 yang bertanda ( * ) bagi menghasilkan kek yg gebus gebas

Tepung gandum + serbuk coco + baking powder + soda bikarbonat + garam halus

Moh kita start me 'mixer'..

* memula kita masukkan telur + gula + ovelate - putar sampai kembang.

Telur + gula + ovelate

* Dah kembang masukkan susu pekat.. kemudian minyak masak.

Susu pekat + minyak masak
* Dah sebati, masukkan tepung sikit2. Kalau masuk banyak sekali kang berterbangan pulak.

Putar adunan sampai jadi cenggini

* Masukkan susu cair .. kemudian air panas.. kacau pakai tangan jew ( spatula @ senduk, kang ada lak yg pakai jari.. hahaha ). Sebatikan.

Susu cair + Air panas

* Done! Dah boleh masuk kat dalam loyang puding yg dah masak tadi.

* Cakar2 skit puding bagi adunan kek melekat nanti bila masak.

* Tutup loyang ngan plastik, tak bagi air masuk masa mengukus.

Sedia untuk dikukus..

Tadaaaa.. sejuk2 lagi sedap!!

Kasi close up skit.. hehehe

P/S : adunan kek tu banyak. Balance nya dapat sebijik kek coklat kecik. Agaknya loyang ni kecik kot.. huhuhu.. rasanya loyang tak berapa besar ni dapat 2 biji. Next time dah boleh budget.

Balance tadi punya kek. 

Pelagi.. moh ler kita try test buat. Layan woo makan sambil layan hindustan.. hahaha.. Selamat mencuba!

Saturday, 26 March 2016

Resepi mudah & sedap tanpa oven from cikgu Ina - CHEESE TART GIANT

Assalamualaikum...

Hurmmm.. lama tak citer pasal resepi ni kan. Almaklumlah, bila dah duk umah ni keje utamanya masak ler yer idok. Dah memacam resepi dicuba.. ada yang jadi & ada yang hancus.. wakakaka.. Fenomena baru ni pulak terjebak ngan si ina azlina tu hah.. suka ngan resepi2 nya.. mudah dan tak lokek ilmu. Banyak jugak dah try & ada yang derhaka sana sini sikit.. hahaha.. maklum ler, bila mood membaking dah sampai & barang pulak nan hadoo.. belasah jew apa yg melintang lalu.. hahaha..

Khamis lepas dia banje resepi cheese tart. And the best part pakai pan @ kuali leper tu. Sesuai la ngan aku yg takde oven ni. Masalahnya pulak aku takde tutup periuk. Penyudahnya pakai periuk jew.. kahkahkah.. tapi periuk serbaguna la.. panjang kisah periuk ni.. kena tipu masa beli.. rm400.. padahal rm250 jew.. huwaaaaa!!!

Dah2 la ingat kisah sedeh tu.. jom kita try buat cheese tart ni..


1st kita buat shell @ kulit dia dulu yer.. 
- separuh butter (resepi asal 1/2 butter@margerin)
- 2 cawan tepung gandum ( cap rose terbaek)
- 1 sudu kecil garam



Campur semua bahan2 & ramas sampai sebati ( mcm dlm gambar )


Masukkan 1 biji telur dan gaul sampai sebati ( refer gambo )


Ratakan doh tadi dlm pan. Saya dlm periuk la.. hehehe.. bunga2 tepi tu pakai garpu jew.. doh jgn tebal sangat.. kang makan tepung jew.. lagipun nipis cepat masak


Bahan untuk filing pulak..

250g cheese tatura(jenama lain pun hokey)
-kalau pan kecik pakai 125g cheese
1/2 cawan susu segar
-whipping cream lagi best
3 biji kuning telur
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung ( bancuh dgn 1/4 cawan susu segar )


Putar @ blander semua bahan2 tadi kecuali tepung jagung yg dah bancuh tadi. Dah hancur & sebati baru masukkan tepung jagung tu.. kacau jew..


Ok.. dah boleh tuang dlm shell yg dah siap tadi.


Dah boleh bakar.. tengok betapa besarnya periuk daku.. hahaha.. bakar 30 minit utk pan kecik.. mcm daku ni dlm 45 minit.. tapi terover cook pulak.. lupa pulak terlebih ke 1 jam.. huhuhu


Tadaaa!! Dah siap. Tapi nipis la.. almaklumlah periuk besar amat & over cook skit. Tapi rasanya memang superb!!


Okey.. closeup skit. Semalam diorang bawak bekal. Yang si adik siap cakap " ibu, cikgu cakap sedap. Isnin bawak lagi yer". Amboiii.. yer lah tu. Hari ni dah licin.. hahaha..


Friday, 25 March 2016

Mukaddimah 2016-HARAP BELUM BERSARANG

Assalamualaikummmm....

Fuhhh!! Dah bersarang semut rupanyer blog ni.. lama tak hapdate hah.. hehehe.. macam2 masalah & problem melanda sejak tahun baru ni..

Bulan 1 takdan nak menulis.. sebok nak ejas time table, almaklumlah dah start sekolah kan. Sebok menguruskan anak2 dara ni punya persiapan. Mana bekal pagi.. bekal lunch.. berpeluh ketiak ibu!!

Antara menu sarapan & lunch.. all homemade hokey!!
Masuk bulan 2 ibu kena demam denggi!! Waaaa.. 1st time kena. Demam panas 9 hari.. sakit semua sendi.. dengan susu kering.. kesian Sara mengamuk tak cukup susu. Sakit kena gigit jangan cakap la. Dah tu nak buat camna kan.. 90% dia bergantung ngan susu. Makan taknak. Susu botol pun taknak. Ibu gigih telan air kosong bergelen2 pun tak mau susu banyak.. huwaaa!!! Rupanya denggi ni memang badan kering air kan. Tu yg ibu berkeras taknak pi spital.. takut kena tahan ward (opkos la kena tahan kan).Kalau ibu masuk spital Sara camne?? So, bertahan kat umah jew la.
Tengok muka ni agak2 sanggup ke nak marah bila kena geget?? Huhuhu

Sihat dari demam pulak, phone ibu masuk spital. Adeh!! Nak ikutkan bukanlah benda wajib dalam hidup pun. Cuma rindu nak menulis jew. Pakai phone hubby tak best. Almaklumlah.. org punya kan.. dekat sebulan gak takde phone. Malas nak push hubby, maklumlah ibu dah tak keje. Sian dia keje sorang. Takkan nak paksa.. yer idok!!

Tup2 baru2 ni dia bawak gi kedai phone. Yeayyyy!! Ibu dapat phone baru!! Walaupun bukan iphone 6 @ 7.. janji boleh call, bukak resepi & paling penting boleh menulis balik.
Tadaaa!! Thanks hubbyku cayang!!
(Err.. kalau tak dapat pun cayang gak.. hehe)


Walaupun banyak dugaan.. masih ada manisnya. Tahniah anak ibu utk keputusan yang kamu dapat. 8A dlm UPKK adalah hadiah terbaik buat ibu & ayah. Tahun ni kita cuba utk UPSR pulak yer!!

Sunday, 27 December 2015

Berakhirnya teka teki.. yeayyyy!! adik akak dah kawen!! - WEDDING

Assalamualaikum!!


Tadi, sempat melapangkan diri tuk melihat adik nan sorang ni bersanding. Actually, bukanlah adik kandung. Tapi kami admin Proton ni dah macam adik beradik pun.. Geng2 gossip.. geng2 kepochi.. hahaha..

Apapun tahniah adik akak! Finally!! ingat lagi 5@6 tahun lepas.. masa dah habis training kat seremban kita gi window shopping. Akak tanya, mas takde boyfriend ke? mas jawab, takde la kak.. lun jumpa yang sesuai.. huhuhuhu.. takpe.. Insyaallah.. ada tu tuk adik akak yang omey ni.. dan akak sentiasa doakan adik2 akak ni ditemukanjodoh yang baik2..

Tahun berganti tahun.. soalan tu dah tak relevan dah.. tapi ada jew yang bertanya akak tengok. Tak sampai hati nak menambah beban.. selalu gak akak skodeng FB ko.. manalah taw ada gambar berdua.. HAMPA..

Tup tup dapat jemputan raja sehari.. omaigad!! adik akak nak tawen!! Alhamdulillah.. tak sia2 menunggu.. berjumpa jua putra idaman.. bak kata si kakak tadi, hensem la bu pengantin lelaki tu.. hik hik.. kemain anak den!!

Tahniah sekali lagi sayang!! akak doakan perkahwinan kamu ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. Jauh lagi perjalanan yang perlu di tempuh.. banyak lagi liku yang harus di harung.. moga kamu tak mengalah sebelum berjuang.. harungilah dengan sabar dan ikhlas.. pasti kamu akan temui keindahannya!

Meh hakak blanje gambo skit!!

Sama cantik sama padan..

Omeyyy adik hakak!!







Selfie sesaje anak den!!

Ni namanya layan jem sampai lebam!!

Walaupun meredah jem yang maha stress tu, berbaloi sebab dapat tengok adik hakak ni bersanding & dapat makan sedap!!

Friday, 18 December 2015

Simple & owesome!.. thanks mummy!! - SARA BIRTHDAY PARTY

Assalamualaikum..

Sabtu lepas selesai la sudah Birthday Party buat Sara. Plan asal buat simple2 .. kat umah ke.. kat kedai mummy ker.. tapi bila pikir2 balik nak buat kat umah tak sesuai.. almaklumlah.. rumahnya comel bangat.. huhuhu.. nak buat kat kedai pulak dah bosan kata mama & ayahlong.. dah hari2 ke sana.. bahahaha.. So, takde idea dah.. errr.. ibu cari tempat yang cutcost sebenarnya.. almaklumlah ibu kan dah tak keje.. mana mampu nak buat yang grand2 bagai ni.. buntu gue nih!!

Tup2 mummy cadangkan buat kat tempat karaoke yang kitorang selalu karok tu.Hurm.. tak terpikir pulak . Ok gak.. tak pernah buat lagi tu. Maka gigih la si mummy menalipon pusat karok tu. Oh ya.. tempatnya di Kompleks Sukan KLIA.. Amik bilik paling besar.. Rm50 sejam. Mummy book 2 jam. Ok la tu.. tak cukup leh tambah kendian..


Settle bab venue.. nak ikutkan macam2 mummy plan nak buat tuk birthday Sara ni. Excited nyer mengalahkan ibu.. Sesungguhnya kamu beruntung Sara dapat mummy yang sannnngat sayang kat Sara. Ni pun walaupun tak sampai seminggu, macam2 yang mummy buat. Kalau sebulan mau kalah rozita che wan nyer majlis.. huhuhuhu... Boleh dikatakan 99% majlis ni mummy yang settlekan. 1% tu pun bab kek jew ibu buat.. hahaha.. tu pun nasib cepat.. kalau tak 100% mummy settlekan. Tapikan, ibu rasa mummy boleh jadi party planner yang terbaek lah!! perfect!!

Comel kan kan kan

Settle bab venue, bab goodies pulak. Ayah bising bila mummy nak buat goodies. Yer lah.. bukan ajak sesapa pun.. tapi.. mummy kannnnn.. hahahaha Siap tempah sticker lagi.. kalau ada yang mencari mana nak tempah sticker cam Sara ni leh la order ngan sis ni.. ni fb dia..
Tu Sara jadi modelnyer.. hehehe

50 pax by mummy..

Tak cukup ngan tu, mummy siap tempah banner lagi.. ko hadooo? hahahaha..

Sofia The First in the house!!

Lastly, mummy nak ballon. Kata party kan.. harus la ada ballon.. gigih mummy survey.. akhirnya jumpa jugak yang terdekat. Mummy nak ballon yang terbang2 tu.. alaaa.. yang pakai helium tu.. makanya kesini la pegi mengambilnya.. diorang ada 3 kedai.. seri kembangan, kajang & bangi. Kita pilih bangi memandangkan tu yang paling dekat ngan nilai. Rambang mata habaq hang.. semua barang2 tuk party ada kat sini.


Venue, goodies,banner & ballon settle by mummy. Bab makan. Kita decide simple2 jew.. sebab nak ikutkan diorang tak benarkan bawak masuk makanan.. so, simple2 jew la.. kita decide Domino's & KFC jew la yer..

Menu utama

Ibu pulak mengigihkan diri wat apam pokodot & muffin coklat. 1st time kot buat.. memang amat2 la mengharapkan jadi.. huhuhu..

Comel tak apam pokodot ibu buat? Pink purple ikut tema.. huhuhu

Dan sebagai langkah berjaga2 (takut tak jadi) ibu request cheese tart kat mummy. Yang sebenarnya ibu yang teringin nak makan.. makan reti, nak buat kelaut.. huhuhu .. oh ya.. korang kalau nak tempah boleh la roger sis ni yer.. kompom sedap & halal org melayu kita..


Sedap!!

Ok.. settle dah bab mummy.. bab ibu pulak KEK!! Actually puas gak la survey kek ni. Kisahnya party ni bertemakan Sofia The First. So, mulalah survey punya survey jumpa la satu kedai melayu ni (opkos cari kedai melayu kan since tak beli sec*** ni) . Jumpanya di facebook.. rupa2nya dekat ngan rumah jew.. fuhhh.. nasib la baek!! Mula2 tak baper nak yakin.. sedap ke? 1st time kan.. sekaliiii.. sedap bak hang!! high recommended. Krim dia sangatttttt la sedapnyer.. berbaloi2.. kek sara ni Rm 90.. diorang boleh buat kek ikut permintaan.. sure puashati!


Sorry.. gambar tak clear.. almaklum la.. dalan gua.. hahaha


Jom layan gambar2 sekitar majlis ni.. sangat happening.. Terima kasih kepada semua yang hadir.. terutama mummy & family.. ayahlong & family.. pakjol & family.. uncle boy & family.. ummie & family (sorry ummie tak dapat dating & makan pun.. huhuhu).. juga auntie azra sudi dtg walaupun last minute jemput.. hahaha.. maaf buat yang tak dijemput.. sara buat kecik2 jew.. next time ada rezki lebih kita kongsi sama2 yer..



Sessi pemilihan lagu..


Bila kakak2 dah pegang mic..

Sabar.. tunggu turn nyanyi..



Comel jew baju kak mimin..

Ummie & family..



Auntie Azra..

Mama, Mummy & Ibu

Ni la mummy Sara.. orang kuat majlis.. hehehe

Potong kek timezzz..


Cepat la.. Sara tak sabar dah ni..

Sedap pulak makan pisau ni.. erk!!


Ye ke mummy? Hahahaha

Tak nak.. tak nak.. Sara nak simpan jew kek ni.. waaaa..



I'm the birthday girlszz..

Senyum siput..

Hensem tak abg kita??

Hahaha.. nenek ni klako la..



Waaa.. banyaknyer belon..

Cepat la kak.. boleh ke tak ni?


Wif kakak mira yg manissss..


Eh eh.. nape Sara rasa cam nak terbang jew..


Terima kasih jugak sebab bagi hadiah kat Sara.. susah2 jew.. semua dapat datang pun dah kira hadiah buat Sara..

Terima kasih semua.. muahhhhh!!


Thanks mummy sebab menjadikan harijadi Sara ni memori yang terindah untuk Sara simpan.. sayang mummy ketat2!!

Mummy chala!!