Friday 23 September 2016

Resepi Viral.. Terjebak sudaaa...-KEK COKLAT MOIST CHEESE BERHANTU

Assalamualaikum..

Huhuhu.. setelah berpuluh2 gambo yang lalu lalang kat wall mukabuku ni.. siap viral lagi, akhirnya tak boleh tahan. Terjebak beb!!. Ni la padahnya bila join geng2 masak ni, hati tak tabah. Maka siap sedia la menternak lemak. Al maklum la.. tukang makan tak ramai. So, tukang buat la kena perabih.. huwaaaaa...

Resepi kali ni try test Blog Azlita masam manis punya resepi. Try orang lain nyer pulak. Tengok apa jadi. Lebih kurang jew sebenarnya mana2 resepi pun... jom try test buat!!

BAHAN A (Kek coklat moist)

1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung / masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus / castor
1 cawan susu cair

3 biji telur
-wisk kan telur2 ini dahulu

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam halus(hujung sudu)
-sila ayak 4 bahan2 ini untuk hasil kek yang wallaaa.. hehehe

Bahan2 yang digunakan

Sila gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan

Mula2 wisk telur dulu

Bahan2 ni perlu diayak bersama2

Masukkan serbuk koko+minyak+susu cair+susu pekat+gula

Step pertama, satukan serbuk koko+minyak jagung+susu cair+susu pekat+gula halus ke dalam periuk. Panaskan diatas dapur dengan menggunakan api yang sangat perlahan. Kacau sebati sehingga gula hancur.

Telur + bahan ayak

Ok, gula dah sebati. So, boleh masukkan telur yang dah di wisk. Sebatikan juga atas api yang sangat2 perlahan. Kemudian masukkan bahan2 yang dah ayak tadi tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder & garam. Sebatikan dan boleh tutup api.

Tada!! Dah sebati bergabung meletop!

Masuk bekas plastik jew senang nak makan
Dah boleh kukus @ bakar. Kalau masuk loyang kena alas kertas minyak. Kalau bekas plastik takyah yer.

Kukus 30 hingga 45 minit. Macam biasa la yer.. jangan bukak kukus @ oven sebelum cukup 30 minit. Cek kek guna pencungkil gigi buluh tu lepas 30 minit. Kalau bersih keluarnya masak la. Kalau masih melekat, tak masak lagi. Tambah 15 minit lagi.

BAHAN B ( lapisan cheese )

500ml UHT whipping cream
250g cream cheese
3 sudu besar susu pekat

UHT whipping cream + cream cheese + susu pekat


Putar cream cheese dan susu sampai sebati. Kemudian masukkan whipping cream.. putar lagi. Jangan lama sangat. Kalau ter over pukul nanti dia cair. Agak2 dah kembang boleh stop dah.

Masukkan dalam piping plastik. Senang nak layer atas kek nanti.

Siap!!
BAHAN C (Coklat ganache/topping)

250g coklat ( beryl's dark compound )
250g UHT whipping cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar golden syrup/madu 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar serbuk badam/nutella/choc emelco (mana yg ada.. takde takpe)

Bahan2 ganache.. 

Bahan utama coklat ganache ni coklat + whipping cream + butter jew. Yang lain kalau takde pun takpe. Tapi saje la kan follow resepi original. Kalau ada lagi sedap.

Yummy!! Coklat!

Panaskan whipping cream & golden syrup dalam periuk. Agak2 dah panas dan ada buih2 kecil kat tepi periuk tu, leh tutup api dan bolehlah masukkan bahan2 yang lain. Kacau sebati.

Dah boleh start me'layer'

Ok.. semua bahan dah siap kan?. Moh kita start.

Memula potong kek yang dah masak tadi jadi 2 bahagian. Potong pakai benang jew. Satu lapis letak kat bawah sekali. Lepas tu boleh piping kan cheese selapis. Lapiskan dengan kek ke dua. Lapis lagi dengan cheese. Masukkan dalam peti sejuk sekejap bagi cheese keras skit.

Masuk peti ais sekejap

Ok, cheese dah keras skit. So, boleh la tuang coklat ganache yang dah suam tadi kat atasnya.

Oh ya.. nak buat corak kat atas tu senang jew. Amik cheese tadi sikit, campur ganache skit. Pipe memanjang melintang. Pastu amik pengorek gigi tu tarik dari atas ke bawah. Siap !

Simpan dalam peti sejuk 4 jam ataw buat malam.. esoknya dah leh makan... yummy!!

Cantek tak??

Hasil bedah siasat..

Senang kan? Selamat mencuba & menternak lemak yer!! (Matilanakk!!)

1 comment:

  1. Memang berhantu betul. Tp cuma mampu beli je. Hrp mampu buat sdri jugak nnti. Hehe. Tq share resepi😁

    ReplyDelete