Wednesday 21 September 2016

Selamat pengantin baru Qila.. moga kekal ke jannah!!-WEDDING OF THE YEAR

Assalamualaikum..

Entry kali ni pasal wedding yang kitorang pergi jumaat lepas. Alaaa.. masa cuti hari malaysia tu la.. grand habaq hang. Harus la kennnn.. Pak Abu kot wedding planner nyer.

Actually, ni saudara belah suami aku. Qila ni anak sulong. So, 1st wedding kan. Mesti la gilang gemilang skit. Kena pulak anak Dato' (pangkat atok pun kat kitorang), harusss la grand. Tapi Dato' ni sangat humble.. buat kat umah jew. Katanya kat hotel susah. Banyak sangat protocol & limited. Dia nak ajak orang kampung & satu tamannya. Makanya buat la dirumah.

Aku pergi dari majlis bertunang lagi. Bertunang pun dah grand, tu yang tak sabar nak tunggu wedding. Masa bertunang bertemakan arabic. Meh layan gambo setahun yang lalu..

Pelamin tunang pun dah macam kawen.. huhuhu

Khemah yang cantek!!

Ehem.. tumpang posing yer..

Haaa.. yang vogue tu la mak perantin.. hik hik

Sara pun kecik lagi.. baru 6 bulan masa ni..

Setahun berlalu.. tiba masa yang dinantikan. Tema : Musim Luruh. Huwaaa.. penuh pokok2 kat dalam khemah. Pelamin jangan cakap la. Dah macam dalam taman!! Betullah orang cakap, ada duit semua boleh. Sebut jew nak camne, impian pasti jadi nyata. So, meh ler kita menabung singgit sehari.. baru leh wat grand camni. Boleh ke? Maka ber "huhuhu" la kita tepi bucu katil.. hahaha..

Jom kita layan sekitar wedding pulak.. hasil sentuhan Pak Abu..



Cantekk!!

Sambil makan, kita layan live band

Meja santapan raja sehari.. simple but nice. Semua fresh flower!

Welfie ngan bapak perantin jap!!

Sangat2 ramai.. 2k tu jemputannya!!

Ehemmm.. nenek dah senyum2.. berangan tuk cucu ke.. hik hik hik (abaikan jug tu, malas nak amik air banyak kali.. mintak jug jew senang.. hahaha)

Menu simple.. but bravo!! Nasi & daging rendang tok tu sedap sangat!!

Ni perantin lama.. hahaha.. fefeling la kejap.. anak tak ikut kannn..

Happy nyer ayah dapat menantu!!

Kitorang selfie dulu sementara tunggu turn bergambar ngan perantin. Kena que hokeyy!!

Tantekkkk angat perantin!!

Lawa kan pelamin.. bagaikan di taman bunga..


Selamat pengantin baru! Moga kekal hujung nyawa..

Ok dah kenyang.. moh balik!!

Buat Qila.. semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke nafas yang terakhir. Sesungguhnya alam perkahwinan tak seindah majlis mu yang sungguh indah ini. Tapi, jika kamu pandai mengubahnya.. ia akan jadi lebih indah sepanjang hidupmu!! Selamat Pengantin Baru!!

No comments:

Post a Comment