Friday 23 September 2016

Resepi Viral.. Terjebak sudaaa...-KEK COKLAT MOIST CHEESE BERHANTU

Assalamualaikum..

Huhuhu.. setelah berpuluh2 gambo yang lalu lalang kat wall mukabuku ni.. siap viral lagi, akhirnya tak boleh tahan. Terjebak beb!!. Ni la padahnya bila join geng2 masak ni, hati tak tabah. Maka siap sedia la menternak lemak. Al maklum la.. tukang makan tak ramai. So, tukang buat la kena perabih.. huwaaaaa...

Resepi kali ni try test Blog Azlita masam manis punya resepi. Try orang lain nyer pulak. Tengok apa jadi. Lebih kurang jew sebenarnya mana2 resepi pun... jom try test buat!!

BAHAN A (Kek coklat moist)

1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung / masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus / castor
1 cawan susu cair

3 biji telur
-wisk kan telur2 ini dahulu

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam halus(hujung sudu)
-sila ayak 4 bahan2 ini untuk hasil kek yang wallaaa.. hehehe

Bahan2 yang digunakan

Sila gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan

Mula2 wisk telur dulu

Bahan2 ni perlu diayak bersama2

Masukkan serbuk koko+minyak+susu cair+susu pekat+gula

Step pertama, satukan serbuk koko+minyak jagung+susu cair+susu pekat+gula halus ke dalam periuk. Panaskan diatas dapur dengan menggunakan api yang sangat perlahan. Kacau sebati sehingga gula hancur.

Telur + bahan ayak

Ok, gula dah sebati. So, boleh masukkan telur yang dah di wisk. Sebatikan juga atas api yang sangat2 perlahan. Kemudian masukkan bahan2 yang dah ayak tadi tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder & garam. Sebatikan dan boleh tutup api.

Tada!! Dah sebati bergabung meletop!

Masuk bekas plastik jew senang nak makan
Dah boleh kukus @ bakar. Kalau masuk loyang kena alas kertas minyak. Kalau bekas plastik takyah yer.

Kukus 30 hingga 45 minit. Macam biasa la yer.. jangan bukak kukus @ oven sebelum cukup 30 minit. Cek kek guna pencungkil gigi buluh tu lepas 30 minit. Kalau bersih keluarnya masak la. Kalau masih melekat, tak masak lagi. Tambah 15 minit lagi.

BAHAN B ( lapisan cheese )

500ml UHT whipping cream
250g cream cheese
3 sudu besar susu pekat

UHT whipping cream + cream cheese + susu pekat


Putar cream cheese dan susu sampai sebati. Kemudian masukkan whipping cream.. putar lagi. Jangan lama sangat. Kalau ter over pukul nanti dia cair. Agak2 dah kembang boleh stop dah.

Masukkan dalam piping plastik. Senang nak layer atas kek nanti.

Siap!!
BAHAN C (Coklat ganache/topping)

250g coklat ( beryl's dark compound )
250g UHT whipping cream
1 sudu besar butter
1 sudu besar golden syrup/madu 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar serbuk badam/nutella/choc emelco (mana yg ada.. takde takpe)

Bahan2 ganache.. 

Bahan utama coklat ganache ni coklat + whipping cream + butter jew. Yang lain kalau takde pun takpe. Tapi saje la kan follow resepi original. Kalau ada lagi sedap.

Yummy!! Coklat!

Panaskan whipping cream & golden syrup dalam periuk. Agak2 dah panas dan ada buih2 kecil kat tepi periuk tu, leh tutup api dan bolehlah masukkan bahan2 yang lain. Kacau sebati.

Dah boleh start me'layer'

Ok.. semua bahan dah siap kan?. Moh kita start.

Memula potong kek yang dah masak tadi jadi 2 bahagian. Potong pakai benang jew. Satu lapis letak kat bawah sekali. Lepas tu boleh piping kan cheese selapis. Lapiskan dengan kek ke dua. Lapis lagi dengan cheese. Masukkan dalam peti sejuk sekejap bagi cheese keras skit.

Masuk peti ais sekejap

Ok, cheese dah keras skit. So, boleh la tuang coklat ganache yang dah suam tadi kat atasnya.

Oh ya.. nak buat corak kat atas tu senang jew. Amik cheese tadi sikit, campur ganache skit. Pipe memanjang melintang. Pastu amik pengorek gigi tu tarik dari atas ke bawah. Siap !

Simpan dalam peti sejuk 4 jam ataw buat malam.. esoknya dah leh makan... yummy!!

Cantek tak??

Hasil bedah siasat..

Senang kan? Selamat mencuba & menternak lemak yer!! (Matilanakk!!)

Wednesday 21 September 2016

Selamat pengantin baru Qila.. moga kekal ke jannah!!-WEDDING OF THE YEAR

Assalamualaikum..

Entry kali ni pasal wedding yang kitorang pergi jumaat lepas. Alaaa.. masa cuti hari malaysia tu la.. grand habaq hang. Harus la kennnn.. Pak Abu kot wedding planner nyer.

Actually, ni saudara belah suami aku. Qila ni anak sulong. So, 1st wedding kan. Mesti la gilang gemilang skit. Kena pulak anak Dato' (pangkat atok pun kat kitorang), harusss la grand. Tapi Dato' ni sangat humble.. buat kat umah jew. Katanya kat hotel susah. Banyak sangat protocol & limited. Dia nak ajak orang kampung & satu tamannya. Makanya buat la dirumah.

Aku pergi dari majlis bertunang lagi. Bertunang pun dah grand, tu yang tak sabar nak tunggu wedding. Masa bertunang bertemakan arabic. Meh layan gambo setahun yang lalu..

Pelamin tunang pun dah macam kawen.. huhuhu

Khemah yang cantek!!

Ehem.. tumpang posing yer..

Haaa.. yang vogue tu la mak perantin.. hik hik

Sara pun kecik lagi.. baru 6 bulan masa ni..

Setahun berlalu.. tiba masa yang dinantikan. Tema : Musim Luruh. Huwaaa.. penuh pokok2 kat dalam khemah. Pelamin jangan cakap la. Dah macam dalam taman!! Betullah orang cakap, ada duit semua boleh. Sebut jew nak camne, impian pasti jadi nyata. So, meh ler kita menabung singgit sehari.. baru leh wat grand camni. Boleh ke? Maka ber "huhuhu" la kita tepi bucu katil.. hahaha..

Jom kita layan sekitar wedding pulak.. hasil sentuhan Pak Abu..



Cantekk!!

Sambil makan, kita layan live band

Meja santapan raja sehari.. simple but nice. Semua fresh flower!

Welfie ngan bapak perantin jap!!

Sangat2 ramai.. 2k tu jemputannya!!

Ehemmm.. nenek dah senyum2.. berangan tuk cucu ke.. hik hik hik (abaikan jug tu, malas nak amik air banyak kali.. mintak jug jew senang.. hahaha)

Menu simple.. but bravo!! Nasi & daging rendang tok tu sedap sangat!!

Ni perantin lama.. hahaha.. fefeling la kejap.. anak tak ikut kannn..

Happy nyer ayah dapat menantu!!

Kitorang selfie dulu sementara tunggu turn bergambar ngan perantin. Kena que hokeyy!!

Tantekkkk angat perantin!!

Lawa kan pelamin.. bagaikan di taman bunga..


Selamat pengantin baru! Moga kekal hujung nyawa..

Ok dah kenyang.. moh balik!!

Buat Qila.. semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke nafas yang terakhir. Sesungguhnya alam perkahwinan tak seindah majlis mu yang sungguh indah ini. Tapi, jika kamu pandai mengubahnya.. ia akan jadi lebih indah sepanjang hidupmu!! Selamat Pengantin Baru!!

Sunday 18 September 2016

Surprise!!!! Twins small party 11.09.2016 -HAPPY BIRTHDAY TO US!!

Assalamualaikum...

Last week is birthday kitorang. Happy birthday Haslina & Haslinda!! Baru dapat hapdate. Almaklum la.. sebok ngan raya korban bagai.. ni baru free. Alaaa.. lek la.. belum basi lagi.. muahahaha..

Actually tak budget pun ada makan2 bagai ni. Maklum ler.. tak baper nak muda dah.. Rupa2 nya ada team surprise ngupenyer. Yang kantoi tu bila suh birthday girl pilih kek sendiri.. apakah?? Hahaha.. apa pun thanks buat tok dalangnya.. ( keyrol, abang & mak).

Simple2 pun menu tak kalah wehhh!! Nasi arab, sate, kueh skit, kek & durianss.. Perghhh!! Thorbaekkkk!! Moh layan gambo baby2 tua ni celebrate birthday diorang.. hahaha...

Nyum.. nyum.. ni lah kek pilih sendiri.. hahaha..

Ni la mak yang lahirkan kitorang.. thanks mak!! Luv mak ketat2 padat2!!

Us...


Dah macam 3 beradik kan.. hik hik hik

Durianz timezzz!!

Ni namanya duta durian.. hahaha

Menu utama.. 

Our dessert! D24 special from our beloved abg!!

Team gegirl!!

Team boboi yg tak berapa nak hadoo.. ngeh ngeh ngeh

Paklong n pari2 kecil

Ehemm.. sekali sekala.. hahaha

Sorry adik!! Nak manja skit.. hiksss

 
Untuk separuh nyawa ku.. akak doakan moga kamu panjang umur.. dimurahkan rezki.. dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat. Walaupun beza kita 7 minit jew.. akak tetap akakmu sebab kuar dulu.. muehehehe.. dan walaupun ko dah gemok dari akak.. akak tetap sayang ko dunia akhirat dik!!

P/S : thanks en.suami sebab banje wifey speggeti meatball. Walaupun dapat dating sekejap jew berdua.. it's really wonderfull day.. luv u till jannah!!